Monday, January 31, 2011

Sesuatu Yang Tertunda

Selapas sepuluh hari dari tarikh hari lahir tempoh hari, akhirnya....Janji cina pun kadang2 boleh jadi janji melayu.Sekarang semua nak satu Malaysia.Tak kesah, janji benda ni selamat sampai..=)
Terima kasih buat isteri tercinta sebab susah2 hadiah kan benda ni..Mulai dari sekarang kena plan hadiah apa nak bagi dengan bini masa hari jadi dia nanti..Hehehe!
.
.
iPening!

Saturday, January 22, 2011

Sabtu

Masuk dua puluh sembilan, makin kurang idea. Tak kan dah sampai tahap tepu. Ini tak boleh jadi!
.
.

Tuesday, January 18, 2011

Sembilan Belas Januari

Aku tak kesah kalau siapa2 yang lupa tarikh itu. Sebab aku juga tak pernah nak ambik kesah pasal angka2 tu semua. Cuma terasa sedikit teruja pada tarikh tu Celcom bagi panggilan percuma tujuh hari. Itu pun hanya buat panggilan ke nombor terpilihhhh....Dem!

Dua Pulah Sembilan!
Rasa makin muda, comel, dan bertambah manja..
Kahkahkahkah!!!

Sunday, January 16, 2011

Hujan+Sejuk=

Tak ada cerita. Dalam cuaca sebegini buat otak jadi lembab. Badan jadi malas...Padahal, berlambak kerja yang tak settle lagi. Tak boleh jadi..Kena bangun cepat2 ni. Kalau dah kena tinggal jauh, tak larat nak kejar..

Bangun!

Tuesday, January 11, 2011

50mm diminggu pertama sekolah

Patut aku post minggu lepas. Memandangkan ada sedikit masalah dengan talian. Terpaksa postpon minggu ke minggu ini. Aku pun tak semangat dah nak bcerita panjang2..Layan je la apa yang ada..
.
.
Hari Pertama Masuk Sekolah

Monday, January 3, 2011

Aini + Rina

Pada mulanya Rina awal2 dah sms, nak bagi aku assignment ni. Lagipun sebelum ni pernah kata nak suruh aku ambik gambar dia kawen. Aku ingat saja2 nak mengusik. Rupa2nya betul2 dia ni nak kawen. Serius aku tak tau..Ya,aku memang dah lama kenal si Rina & famili2 dia. Satu sekolah rendah. Pendek cerita orang kampung aku jugak..
Berbalik kepada cerita tadi, oleh sebab kecelaruan schedule aku pada masa tu,aku terpaksa tolak. Bila cek2 balit, rupa2nya masa majlis perkahwinan dia,schedule aku kosong. Nak buat macam mana. Dah terlambat..

Sehari selepas majlis kawen ina & amir hari tu, pagi2 lagi aku dah bangun untuk pergi ke majlis kawen si Rina ni..So,ni antara gambar2 yg sempat diambil.Lebih kepada suasana sekitar majlis. Takut mengganggu tugas official photographer sebenarnya..

Kepada Rina & Aini..Semoga berkekalan ke anak cucu...Mintak maaf banyak2 atas sebarang kesulitan..Peace!

Sunday, January 2, 2011

Bagi peluang sama dia...

So, macam mana sambutan tahun baru? Enjoy? Mesti seronok dapat tengok pertunjukan bunga api. Tak pun menyaksikan konsert free artis2 tempatan. Aku, seperti biasa. Hanya duduk mengadap tv & laptop di rumah. Tak ada apa yang menarik. Cuma sedikit terhibur dengan bunyi bingit moto mat2 rempit bila tiba jam 12 tengah malam. Terfikir juga, nak tahu kepuasan yang macam mana yang diaorang cari. Ahh,,abaikan…
*
*
*
Pagi tadi, pendaftaran budak sekolah. Aku handle kelas tahun satu. Jadi,ramai mak bapak datang hantar anak2. Anak2 sekarang lebih ramai yang excited gila dari yang menangis takut sama cikgu. Dan ramai juga yang dah tunjuk belang hari ni aku tengok. Tak apa..Aku memang suka bagi peluang…
.
.
Jangan sampai tumbuh tanduk!