Sunday, February 26, 2012

Gambarajah 2.8 - Instagram #2

Tahukah anda : Sekarang saya tengah busy tak sudah2. Itu saja. Ok bai...=)

Wednesday, February 15, 2012

Jawab Aku

Ok, publish sahaja post ini, dengan itu sesi soal jawab tempoh hari telah ditutup. Maaf kerana sedikit lambat. Dan ini jawapan kepada soalan2 yang telah diajukan. Jawapan aku guna dwibahasa. Bahasa Melayu Sarawak dan Bahasa Melayu buku Teks. Mengikut format soalan. Hehehe..Oh ya,sebelum tu terima kasih juga sebab masih sudi bertandang. Ok, kita teruskan...

Soalan AmirFX :
Apahal ngn anak dirik sakit kaki inda aritok tek? Stori mori lah sikit...

Ohh,,ari ya dak mak bapak aku ada datang kerumah aku sitok. Biasalah anak aku tok nang cukup manjak dengan maknek & paknek nya. Di mbak nya excited secara berlebihan sampey tergelincir. Tapi masa hari kejadian perasaan teruja ya menutup segala kesakitan yg dialami. Dan bila jak dak mak bapak ku balit lalu semua lah penyakit datang..hahahaha! So far alhamdulillah kinek tok dah ok..Dah aktif balit. =)


Soalan Syafawani :
Memang org sarawak ka?
kadang2 macam pandai cakap utara ja? hik3

Yup! Anak jati sarawak.
Hikhikhik...pandai tu takdalah pandai sangat. Sikit2 dengar bolehlah..Dulu masa study, kawan rapat pun orang utara. Budak Perlis. Dekat sekolah tempat saya mengajar ni pun jumpa lagi kawan dari utara(Kedah). Dan lagi satu, adik pompuan(satu2nya adik) saya kawen ngan orang utara. Pun dari Kedah-Alor Staq..So apa gi? Pi mai pi mai tang tu laaaa...Hahahaha!


Soalan Labulabi :
Dalam banyak2 entri yang dah ko polah, apa entri yang ko rasa paling best dan mendapat sambutan hangat di pasaran. ceciter2.

Ermmm...apa oo. Sik berapa pasti juak aku koh entri nak ney satu yg mendapat sambutan. Sebab pengunjung blog aku tok bukan ramei ney pun sebenarnya. Geng2 kita mpun ajak.Follower bukan main kan? Tipu muslihat jak semua ya...Hehehe. Mybe ada juak yang just datang nanggar gambar & baca. No comment. Sik kesahlah. Bukan ada apa2 pun kan. Aku hargai gilak2. Entri yang paling best? Mun ditanyak dengan aku, semua aku rasa best..Kau rasa sigek ney yang paling best? Soalan ya aih. Jangan sik jawab..Hahaha...


Soalan Jue :
ngeh ngeh ngeh ctok wartawan Jue dtg nanyak hahaahahahahaha
1. knak botak?
2. knak bini kacak?
3. knak anak pun join kacak?
4. knak rambut anak camya?
5. knak amik gamba kacak? sekian hahahahaha

Ok,ini jawapan dia..
1. Sekarang tidak lagiiii....Hahaha! Sik botak gik dah rambut aku. Dah tumbuh subur dah..

2. Wah, soalan ya..hehe. Sebab laki nya kacak..Hahahahaha!! Dussshhh!!!

3. Berkaitan jawapan no.2.Hahahaha...Jangan mare. Guro jak..

4. Susah nak potong rambut Hariz. Lagik pun stail macam ya jak paling sesuai. Rambut aku masa kecik2 dolok pun macam ya. So, ambik senang, potong jak lurus rambut depan nya.Hahaha

5. Alhamdulillah mun kacak di mata kau. Susah juak nak padah pasal kacak tok sebenarnya. Terlalu subjektif. Mungkin bagi kau kacak. Sik tauk bagi orang lain. Pasal gambar2 tok semua aku just ambik & ambik jak...Lagik pun aku sik ada basic dalam photography. Kadang2 mana2 gambar yang aku publish kat blog,fb,flickr apa semua ya pun aku sikda pilih gilak. Random..Mungkin sebab ya nya jadi awesome kot. Random Awesome! Hehehe. Padahal sikda apa2 yang menarik pun...=)

Sama2...Hahaha!


Soalan Teha :
kau rase kau hensem x ? hahaa !

Hahaha...hensem banyak tu takdelah sangat. Manis tu mungkin kot. Kahkahkahkah...Kena rajin puji diri sendiri kak Teha oii. Nak tunggu orang lain puji. Lambat..Jadi sekarang saya pulak nak tanya. Kau rasa kau cun tak?hehehe..


Soalan Nono Fara :
.. model camera yang anda gunakan?
.. collection lens setakat ini?
.. fav lens anda?
.. gendre photography yang anda minat?
.. sejak bila menyukai photography?

Tahun 2008, DsLR pertama aku Nikon D60. Jodoh tak lama, tahun 2009 aku jual D60 aku angkat D90. Dan sampai sekarang aku masih guna D90 tu. Belum terfikir lagi nak upgrade2. Sebab aku pecaya gambar yang cantik tidak semestinya bergantung kepada kecanggihan kamera semata-mata.Kan? Lagi satu teknologi sekarang makin laju. Hari ni keluar model D700 esok lusa keluar pulak D800.(merujuk kepada jenama Nikon) Tak larat nak kejar beb!

Setakat ni koleksi lens yang aku ada Nikon 10-24mm f3.5-4.5, Nikon 50mm f1.8, Nikon 85mm f1.8, Sigma 30mm f1.4. Cuma ada empat lens itu sahaja. Sebelum ni ada sebijik tele lens. Dah jual. Rugi simpan sebab jarang guna. Oh ya aku pernah cerita pasal ni dalam entri Bekas Makanan. Sila2lah...

Fav lens?Sudah tentu 50mm..Tapi sekarang seperti mahu beralih arah ke 30mm f1.4.=)

Kalau ikutkan aku lebih kepada journal photography. Mungkin juga lifestyle. Tapi tengok gaya foto2 yg aku ambik aku kira dalam genre 'serabut photography' kot?Hahaha...

Agak lambat. Mula minat tahun 2008 terus angkat sebijik DSLR. Masa zaman2 sekolah dulu suka jugak tangkap2 gambar. Aku rasa itu belum dikira minat lagi kot. Niat lain...hehehe!


Soalan a-roll rezuan :
1)klau boleh jadi superhero,nk jd superhero ape
2)klau boleh memiliki kuasa istimewa,nk kuase pe?
3)karton yg anda layan time kecik2
4)impian yg belum menjadi kenyataan?
5)filem hindi kegemaran anda
6)lagu green day yg plg disukai?
7)angan2 yg plg slalu d angnkn?
8)siapa yg mengilhamkn style dan gaya rambut anak???
9)kenagn ms muda mudi plg x boleh d lupakn?
10)adakh anda peminat komik ujang?
11)game tape kegemaran anda?
memandangkn blog ini adalah blog fotografi,sertakn gmbr beserta jwpn k.he3

Tu dia...Sampai sebelas soalan. Ok,aku jawab...
1.Superhero...ermm, tak terfikir nak jadi superhero2 ni. Tapi dalam ramai2 superhero aku suka Kluang Man. Superhero yang sangat cool aku rasa. Kehkehkeh...Kalau aku jadi Kluang Man kau nak jadi Tiong Man?

2.Jadi halimunan! Muktamad! Kalau arwah ada lagi mesti dia ingat pasal ni..Hahaha!

3.Kartun yang betul2 aku layan & dapat feel masa kecik2 dulu..Usop Sontorian. Kartun kaku takda 3D tapi jalan cerita memang best. Terbaekkk!

4.Banyak lagi impian aku yang belum menjadi kenyataan. Jenuh nak listkan satu2. Ok, salah satunya menjejak Jepun! Hahaha...Woi, bila nak bawak aku janjalan Jepun?

5.Aku bukan seorang penggemar filem hindi walaupun aku suka beberapa orang heroin dia. Siapa? Mana boleh kasi tahu. Hahaha..Ok, dalam tak gemar tu pun aku terlajaklah jugak menonton filem Kuch2 Hota Hai. Boleh tahan tragis jugaklah konflik percintaan dalam cerita tu. Dan aku rasa abang2 pakcik2 patut tengok cerita tu. Tolak tepi ego tu sekejap. Hehehehe...

6.Banyak lagu Green Day aku suka. Mungkin juga semua lagu pada setiap album..Yang paling aku suka Good Riddance(Time of Your Life), Misery, SHE, Chump..Castaway pun best. Viva la Gloria juga. Ahhh, semualah..Hahaha...

7.Aku rasa semua orang mesti suka berangan-angan nak hidup senang, bahagia, kaya raya, ada rumah besar keta besar. Jadi aku tak terlepas dari golongan 'semua orang' tu. Cuma yg penting aku selalu besyukur dengan apa yang aku ada sekarang. =)

8.Takda ilham dari siapa2 aku rasa. Mungkin juga mencedok sedikit dari stail rambut salah seorang drummer satu band yg aku minat dari Indonesia ni. White Shoes & The Couples Company. Hehehe...

9.Uisshh..nostalgia. Banyak cerita masa muda mudi aku tak boleh nak lupa. Paling aku tak boleh lupa kena main dengan sorang pakcik ni. Sanggup dia buat2 jadi hantu. Gantung kait putih panjang.Lepas tu pergi kacau kitaorang melepak pada malam tu. Ciss! Tak pasal2...Sampai bila2 aku aku akan ingat perkara tu.

10.Yup! Dulu aku peminat setia majalah Ujang. Cuma sekarang aku dah tak follow sangat dah..Dulu aku suka kartun kartunis Sukun, Gayour, Aie, Lambok.Dan cuba untuk menjadi seperti mereka..Mana ntah aku simpan koleksi2 majalah Ujang aku.

11. Sudah tentu game Contra, Battle City, Soccer, KungFu dan banyak lagi..50game in 1 tuuu....Hehehe.Tapi aku paling suka Contra lah. =) Maaf, permintaan last tak dapat nak ditunaikan sebab aku kekurangan stok gambar sekarang ni. Sorry ek...Peace!

Finally! Harap semua berpuas hati dengan jawapan2 yang diberikan. Kalau ada yang tak puas hati, insyaAllah lain hari aku buka sesi soal jawab yang kedua. Mana tahu ada yang masih malu2 nak bertanya. Kan? =)

Ok,apa2pun terima kasih semua..Jumpa lagi!!!

Tuesday, February 14, 2012

Tanya Aku?

Hai. Semenjak akhir-akhir ni blog agak slow kan? Sunyi semacam..So, apa kata kalau aku buka sesi soal jawab? Maksudnya korang tanyalah apa2 soalan pun.Bebas..Dan aku akan cuba jawab semampu yang aku boleh jawab. Paling2 tidak pun aku jawab 'tak tahu'..Hehehe! Lagi satu, kalau boleh tu elak tanya pasal politik atau berkaitan agama. Diluar bidang aku..Alaa, tak perlu serius sangat. Santai2 sudah...

Update: Soalan korang aku jawab dekat next entri.

Apa lagi? Tanyaaaaa.....Peace!

Wednesday, February 8, 2012

Gambarajah 2.7 - Instagram #1

Nampak sangat takde modal kan? Nak buat macam mana. Ini saja yang aku ada. Selebihnya aku tak tahu hilang celah mana.
.
.
Jom keluar makan? Takda kaitan...

update:
lagi satu, member jambu ni dah ada blog. klik sini.

Sunday, February 5, 2012

Adil

Singgah kejap. Post 2 3 keping gambar. Kira nafkah jugak la aku bagi kat blog ni. Esok lusa dah sampai turn aku datang balik. Apa2 pun kena berlaku adil. Kan..kan..=)

Ok bai!

Thursday, February 2, 2012

LOVE

Oh ya! Ini bukan post pasal bulan kasih sayang cinta kejadah semua tu. Saja nak post pasal teknik photoshop yang baru aku belajar. Ini namanya teknik....err..teknik....ermmm.Ok,abaikan. Nak tahu lebih lanjut boleh tanya sama Cik Lina. Dia tahu teknik ni nama apa. Terima kasih Cik Lina sebab sudi ajar aku malam tu. Manusia berdarah seni macam aku ni tak susah sangat nak pickup belajar benda-benda ni semua.(padahal..) Semudah ABC orang kata. Bukan aku kata ok. Kehkehkeh..

Untuk karya pertama ini aku ambil masa dekat dua hari juga untuk siapkan. Pening juga memikirkan idea dan konsep sebenarnya. Pada asalnya aku sudah pun memilih bentuk-bentuk mudah seperti kereta kebal, senapang,orang berbasikal,budak main layang-layang di padang dan macam-macam bentuk lagi termasuk beruang panda jantan. Namun last2 aku pilih bentuk hati a.k.a LOVE. Lebih susah lebih mencabar. Huh! Gelak apasal?

Apa2pun terima kasih sekali lagi Cik Lina. Ada teknik-teknik yg lebih advance tu, kongsi-konsi lah. Buat tutorial ke apa ke. Maklumlah aku ni dulu dah nak masuk UiTM ambik kos art&design, mak ayah pulak tak bagi. Susah nak dapat kerja kerajaan katanya. =)
.
.
Nukilan hati - Erolnukman
=D