Sunday, June 9, 2013

CUTI 3 BERANAK

Macam biasa.Just bawa anak bini jalan2 musim cuti sekolah. Tak jauh. Tak ada apa yg lebih bahagia selain dari melihat mereka happy. Maaf nak..kat sini takda Legoland Disneyland Wonderland dan macam2 land lagi lah.Kalau ada lama dah papa bawak. Ingat papa tak teringin?? So main je lah kat mana2 land yg ada ye nak. Ada rezeki lebih nanti kita pegi ok?

Mama amacam? Baby dalam perut tu ok?hehehe..Rasanya banyak juga tempat makan papa bawak. Cuma kali ni tak ambik gambar makanan sangat dah. Terkesan jugak dengan kajian yg ntah apa2 tu. Mental lah apa lah..Ah,tak kesahlah semua tu. Janji kenyang. Ada duit lebih kita makan lebih. Kalau tak kita cukup2 makan. Takda kebulur sampai tak makan kot. Kan? An..an...an...

Sunday, May 19, 2013

Hari Guru SKTM 2013

Ringkas Meriah Kecoh Riot Semput Kenyang Happy!
.
.
.
Selamat Hari Guru semua!

Friday, April 19, 2013

Done

Alhamdulillah..
11 April 2013 / Khamis - Selesai pembedahan proses membuang tonsil Hariz. Ya, Hariz mengalami radang tonsil sejak umur 2 tahun lagi. Dan baru sekarang ngam2 masuk 5 tahun, atas nasihat doktor benda tu kena buang kasi settle terus problem. InsyaAllah...lepas ni takda dah cerita tonsil2 ni semua.

Sekarang ni lepas seminggu operate keadaan Hariz dah makin ok. Dah boleh main macam biasa. Cuma makan je lah kena jaga. Isnin depan kena jumpa doktor balik nak check apa2 yg patut. Harap semua baik ye nak!

Monday, April 1, 2013

Perfect Holiday

Punya eksaited nak bercuti hari tu. Akhirnya kami anak beranak berholiday di sini. Ya, kita cuma mampu merancang...

Thursday, March 21, 2013

TEPU

Suku tahun pertama yang boleh aku kata "cukup letih". Banyak benda kena fikir. Banyak keputusan kena buat. Hari2 masa bergerak sangat laju. Esok dah mula cuti pertengahan penggal pertama. Kerja banyak lagi tak tekejar. Ahhh..abaikan kerja2 itu semua. Aku nak rehat. Seminggu? InsyaAllah cukup. Sekurang-kurang daripada langsung tak ada. Ye dak?

Mesti ada pulak nak bandingkan complicated life dia lepas ni.
Ok. Kau menang!

Sunday, March 17, 2013

Gambarajah 3.3 - KAMI

Gambar tahun lepas yang aku tak sempat nak post. Alasan dia jarang ngadap pc bukak blog bla bla bla..Yelah2..instagram kan tengah musim...Kecanggihan buat manusia makin malas. STOP!

Respek sama blogger2 kental yg tak lut dek benda2 lalai camgitu semua. Ke aku sorang saja yg lalai??