1.Bekas kekasih saya adalah :
:: Faridah Ahmad sbb kinek tok nya dah jadi bini aku..
2.Saya sedang mendengar :
:: Black Star - Radiohead
3.Mungkin saya patut :
:: tido..kepak shari2 mlatih mbiak olahraga..
4.Saya suka :
:: ria..
5.Sahabat-sahabat baik saya :
:: palak gila2..
6.Saya tak paham :
:: dgn org yg sik pandey nak faham2..hahaha
7.Saya kehilangan :
::buku nota warna biru aku..ney ndak tuju..
8.Ramai yang berkata :
:: errr.....
9.Makna nama saya :
:: sik tauk..
10.Cinta itu adalah:
:: perasaan kau ajak ya...
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: baca tag tok..
12.Saya akan cuba :
:: sedaya upaya...
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: forever
14.Telefon bimbit saya :
:: nokia
15.Bila saya terjaga dari tidur :
:: saya akan sambung tidur balik...
16.Saya paling meluat apabila :
:: xtauk..
17.Pesta/Parti adalah :
:: pengilan utk berseronok..hehehe
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
:: semut..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
::sekolah rendah..
20.Hari ini :
:: hari rabu esok khamis..
21.Malam ini saya akan :
:: tido sudah pasti!
22.Esok pula saya akan :
:: kerja seperti biasa..
23.Saya betul2 inginkan :
:: wang berjuta2...
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: syiooo..mata gik kembang..bangun aher glak..hahaha
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: xtauk...
26.Makanan Barat atau Jepun :
:: dua2 boleh..
27.Bilik yang terang atau gelap :
:: gelap..
28.Makanan segera adalah :
:: makanan nak boleh molah kenyang.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:: sori,,lambat jawab tag...
30.Siapa yang anda nak Tag?
sapa2 yg rasanya boring..wpun dah jawab,jawab sekali gik..hehehe
Monday, March 30, 2009
Thursday, March 26, 2009
Night Shoot
Malas nak intro panjang2..Tok aku ada upload gambar night shoot ambik aku masa kat kuching riya..Sebenarnya,lamak aku ada DSLR terus terang aku madah aku nang ada bengap sikit nak shoot time malam.Melainkan makey speedlight ataupun flash kamera ya mpun..Sehinggalah aku pegi kuching riya btemu iman & lalu lah blajar ckit2.
Kat dibah tok lah hasil nya..tanpa makey flash/speed light..Just setting shuter & aperture jak..Ceh,,bunyi org pandey jak aku tok.hehehe..Oklah,sebarang komen dan kritikan amatlah di alu2kan..Sila2..
Lepas betemu iman,blajar kejap & terus ambik gambar tok..
Tok masa dak cina molah perarakan malam ya..Kmk org stuck kat Tun Jugah.Sementara nunggu daknya abis berarak aku begago belajar ngambik gambar..hehehe
Kat dibah tok lah hasil nya..tanpa makey flash/speed light..Just setting shuter & aperture jak..Ceh,,bunyi org pandey jak aku tok.hehehe..Oklah,sebarang komen dan kritikan amatlah di alu2kan..Sila2..
Tuesday, March 24, 2009
HAPPY BIRTHDAY HARIZ NUKMAN
Sedar tak sedar hari ni 24 Mac 2009 genap setahun umur anak aku Hariz Nukman..Maknanya genap setahun jugak lah aku sebagai seorang bapak.Huahuahua..Cukup pantas masa berlalu..Rasanya sudah banyak kali juga aku mengulangi ayat ni..
*****************************************************************
Wey,tiba2 aku rasa takde idea la pulak nak tulis apa..Hahahaha! Hilang selepas mengelamun sebentar tadi..Oklah...baik aku masuk tido...blur..blur...blur.....
Chiowww!!!
Sunday, March 22, 2009
KEMBALi
Argghhh!!..Rasa kejap jak cuti eh.Esok dah start keja gik..
Hehehe...Ayat yang biasa didengar time cuti dah nak sampey ujung..Apa2pun selamat kembali kepada semua kawan2.Kira seminggu juak lah aku sik njengok blog tok.
Belum ready juak aku nak update apa2 sebenarnya.Rumah gik kelam kabut.Anak aku pun dah boleh tahan juak dah aktif nya.Belum pandei bjalan gik ya.Sikda peluang aku nak online lamak.Ada jak onar dipolah nya pakey narit perhatian..Hehehe..
Ada masa terluang aku update lah sikit2..Lagik pun sikda cerita menarik gilak cuti tok riya..Gago ngan adik ku nikah..kak ya ngembak dak famili aku raon2 kuching.Sempat juaklah melepak dengan iman & apis malam ya kat studio.Bloyar,blagu,bcerita,beranok..semua ada..hahaha!
Oklah,lain kali jak cerita gik..Sikda idea..Anak aku nangis..hahahaha!!!
Chow!!
Wednesday, March 11, 2009
Selamat Bercuti..
Yahoooo....esok dah mula cuti!!! Rasanya satu ni jelah yg best (selain hari gaji) kerja sebagai seorang cikgu seperti aku ni.Ye lah,,budak cuti,cikgu pun cuti..Ye ke best?Ermmm,,lantaklah..dah nama pun cuti.Mesti la best.Bagi cikgu cikgi lain aku tak tahu..
Pasti ramai yg beranggapan kerja cikgu lah yang paling best..Sebab apa?Sebab banyak cuti..Hehehe...Sebelum masuk ke dalam bidang perguruan ni pun aku beranggapan macam tu gak.Jadi cikgu best woo..Banyak cuti tu..
Namun,,sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kancah ini................
YA!!!!...Anggapan ku selama ini benar belaka...Memang best! Tahap ke'best'an nya tak dapat di gambarkan dgn kata2..Hanya cikgu2 sahaja yang tahu sejauh mana ke'best'an yang aku maksudkan.(faham2 sendirik )
Mungkin tak semua cikgu2 merasa seperti mana yang aku rasa kot.Yelah,,manusia kan..Rambut sama hitam,hati lain2..Aku nak tak nak,harus terima,,yang aku adalah seorang cikgu dimana bidang ini adalah sumber rezeki aku dan anak bini..
Bagi siapa2 yang teringin nak masuk bidang ni,atas alasan "keje cikgu best! Banyak cuti..Gaji pun lumayan!!.." baik anda lupakan saja niat murni anda itu.Hehehe...Bukan nak melemahkan semangat,jauh sekali nak memburukkan profesion ni..Tidak,bukan itu niat aku..Cuma nak mengingatkan kita semua termasuklah aku sendiri.Kerana zaman "chekgu suka main bola.Hari2 chekgu main bola" sudah pun berakhir.Cabaran dia lain..
Pokok pangkalnya di sini 'keikhlasan dalam bekerja'. Eh,aku ikhlas ke dengan apa yg aku kerjakan selama ini?Tunggu...baca sampai habis...
Kerana sudah berpuluh jugalah rakan2 mahupun bukan rakan yang aku temui dan bertanyakan kepada mereka.."bagaimana perasaan selepas masuk ke dalam bidang ni(perguruan)?"..90% jawapan yang aku terima hanyalah senyuman tawar dari mereka..Maksud dalam senyuman itu,korang fikir la sendiri ya..Dan jawapan yg sama juga akan anda terima sekiranya soalan itu yang diajukan kepada aku..Hehehe..
Sekali lagi aku ingatkan di sini,bukan semua cikgu mcm tu..Ada jugak yang betul2 minat dlm bidang ni..Haaa,,yang tu aku no komen.Syabas!(aku minat apa?hahaha)
Ehhh,,tapi kalau jam/minit/saat ni korang tanya aku best tak jadi cikgu?Sumpah jawapan aku,,BEST! sbb esok dah mula cuti..Seminggu beb! Hahahaha...Hari ni aku dah nak balik kampung!! Jadi kepada semua rakan2 selamat bercuti & Jumpa lagi..
Chow...
Sunday, March 8, 2009
Saya Bujang Lagi???
Minggu lepas dekat seminggu jugak le aku membujang kat umah ni sorng2..Bini aku pegi kursus & anak aku pulak hantar kat kampung mak aku jaga.Fuhh..punyalah bosan dok sorang2 kat umah ni.Sunyi...
Selama seminggu bini aku tak ada kat umah,bab makan minum aku bleh lagi la handle..Biasa la,,nasik bungkus..Ada jugak la aku masak.Tapi aku ni pelik sikit,kalau dah memasak aku jadi cam tak brapa nak selera dah nak makan.Bukan sebab masakan aku tak sedap,sedap wooo (bagi aku laa..) tapi,,ntah lah...Kenyang masak kot..hehehe!! Jadi,jalan yang paling mudah beli nasik bungkus,habis cerita...
Pekara yang aku tak berapa bleh nak handle,nak bangun pagi...Aduhh,,bab ni la yang paling aku lemah sekali..Comfirm telajak tido..Hahaha..Bapak segala alarm aku dah set,tapi tu la..Bunyi alarm,bangun je tido,off alarm,sambung tido balik..Wakakaka!! Mana la tak tlajak..
Hari Jumaat hari tu, bini & anak aku balik dah..Hehehe..Seronot nyer..Petang tu sempat bawak anak aku jalan2 kat taman..Rasa lama betul aku d tinggalkan,padahal tak sampai seminggu pun..Hampehh!! Rindu la tu..tak nak mengaku lagi.Hehehehe..Korang tahu la mcmna rasanya bila korang dah ada anak bini nanti..
Oh ya,,sebelum terlupa..Selamat Menyambut Maulidur Rasul...Esok aku kena bangun awal,ada perarakan Maulidur Rasul..Semangat2...
Chow!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
