Tuesday, November 16, 2010
Saturday, November 13, 2010
Pesan Mak
Bersyukur sangat2 apa yang aku dah ada sekarang ni. Walaupun belajar nak kata rajin tu, takdelah sangat. Banyak hari jugak la monteng, dok lepak tak tentu hala kat pusat2 snooker, isap rokok kretek,sebatang kongsi dekat sepuluh orang. Paling tak pun, menyorok dalam tandas. Bodoh..Langsung tak cool..
Mungkin nasib lebih menyebelahi aku. Bukan nak kata kerja aku sekarang sudah cukup bagus. Apa sangatlah semua tu. Yang penting bagi aku, dengan kudrat yang ada pada aku, aku mampu untuk buat kerja2 aku sekarang. Paling berat pun angkat meja budak-budak. Berpanas bila mengajar PJ kat padang. Panas pagi apalah sangat..Bagi sihat adalah.
Tak boleh nak bayangkan aku angkat empat bijik tong gas tu sekali...Gila,boleh patah pinggang ramping gua! Hahahaha....
Kerja panjat menara tu lagi lah...Baru naik tingkat tiga sekolah,padang bawah pun dah gayat gila babi.Ni kan pula nak naik tiang menara.Lupakan saja!..
Masa aku darjah berapa ntah,aku dah lupa...Aku pernah bercita-cita nak jadi driver jentera penyedok tanah tu..Aku tak tahu nama betul dia apa.Dalam bahasa kampung aku,orang tua2 sebut KATO...Sangat tak bleh blah cita2 tu..
.
.
Cita2 korang?
Thursday, November 11, 2010
BUnga Bukan Sekuntum
Aku suka colour bunga ni..tp bau dia busuk sikit.
.
.
Hati berbunga2...=)
Sunday, November 7, 2010
Selonggok gambar
Saturday, November 6, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Fakta-fakta yang diajar kepada aku pada hari ini..
Sekadar ingin berkongsi beberapa fakta yg sempat dicopy dari sini. Mungkin selama ni ada antara kita atau lebih senang, aku sendiri tidak pernah menyedari hal ini. Bukan tidak pernah, tapi malas nak ambil tahu..
Buku pemakanan menerangkan bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. - Bagi aku bontot ayam lagi sedap dari hati dia..hehe
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. - Kopi aku kureng sikit. Aku lebih kepada teh. Aku rasa kalau dari kecik aku memang mengamalkan minum kopi,sah2 sekarang ni aku dah jadi profesor..=)
3. Kita diajar makan kambing tinggi kolesterol,
Namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. - Kari kambing ada satu kedai mamak tu...Perhhhh...Mengkhayalkan...Dikhuatiri boleh mndatangkan makhruh. Hahaha.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus...
Namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. - MSG tu menatang apa ek??
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
Contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun, pasti sangat tidak baik untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).- Aku tahu hal ni, tapi tetap tak peduli...huh!
6. Untuk pengetahuan, para agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
Namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Lagi satu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. - Haaa..kena hati2 ni..Kejantanan tu kena jaga...Siapa suka minum soya?
.
.
.
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Subscribe to:
Posts (Atom)