Wednesday, February 25, 2009
Siapa Suka Bola??? Angkat Tangan!!!(aku tak nak angkat tangan sbb aku tak minat)
Halluuu...selamat kembali setelah agak lama juga menyepi kerana kesibukan yang dialami sampai aku sendiri tak tahu bila ianya akan berakhir.Cewahhh...Ayat baik punyaaa..
Entri kali ni kita sembang pasal bola.Bukan bola keranjang,bukan juga bola ping pong.Bola lisut jauh sekali,tapi bola sepak.Korang minat bola?Ermm..Soalan yang agak subjektif kan..Sebab apa?Sebab ada orang tu yang betul2 minat main bola..dan ada yang langsung tak reti main bola tapi minat tengok orang main bola tak kira lah samada kat tv atau pun secara live.Tak kesah lah kan,,janji minat..
Aku?Aku nak kata minat tu,,takde lah jugak...Nak kat tak minat,skali skala layan gak.Tapi takdelah mengikuti perkembangan sangat.Lain le musim piala dunia..Haaa..Yang tu aku ada la follow ckit2..Main bola?Aku tak suka main bola..semput siot! Kalau setakat main game Winning Elevent tu,boleh laaa...hehehe!! Tu kire minat bola gak ke?
Tapi,semenjak kebelakangan ni org asyik dok bcerita pasal kemerosotan bola sepak di Malaysia.Ye ke?Ahhhh...aku pun tak berapa nak tahu pasal ni sebenarnya.Merosot tak merosot aku tengok sama je.(Sah tak mengikuti perkembangan) Hehehe..Cuma takdelah semeriah dulu..Aku rasa laa...
Dan hari ni tadi kebetulan aku mengajar Bahasa Melayu darjah 3 bab Faedah Bersukan iaitu Bola Sepak..Seperti biasa,standard seorang guru mesti tanya soalan ni bila nak mulakan satu2 topik..”ada sapa2 yang minat main bola???”
Aku tengok semua angkat tangan termasuk yang pompuan..Hehehehe! Yang hyper sikit siap angkat dua belah tangan sambil berdiri atas kerusi menunjukkan yang dia tu betul2 minat bola..
Pastu aku tanya lagi..”Dalam banyak2 pasukan,pasukan mana yang awak semua suka???” Dan masa ni lah aku dengar macam2 jawapan dari diaorang..
“Manchester United! Manchester City! Liverpool! Chelsea! Real Madrid!
Everton! Brazil! Prancis! England!” dan macam2 lagi jawapan dari diaorang,sampai ada yang bagi jawapan Negro! Ada ke pasukan Negro?hehehe...Ntah aku pun tak tau. Fuh,punyalah semangat diaorang bagi jawapan.Maknanya diaorang lebih tahu pasal bola daripada aku..Huhuhuhu.Tapi,takde sorang pun yang sebut pasukan Malaysia.Haaa...kat sini timbul persoalan kan?
Aku tanya balik,kenapa tak ada yang minat pasukan Malaysia??Ini jawapan/komen mereka...
Pelajar 1 :
Penjaga gol tak cekap cikgu...Bola masuk bawah kangkang! (pastu gelak ramai2..)
Pelajar 2 :
Mereka tak pandai main mcm Manchester United cikgu..( ingat MU je ke yg pandai main..Ni mst fanatik MU.)
Pelajar 3 :
Tak ada disiplin..selalu tidak turun berlatih.(jawapan skema budak pompuan)
Pelajar 4 :
Mereka isap dadah cikgu..pastu mereka merokok!(pepandai jer budak ni)
Pelajar 5 ( pelajar yg angkat 2 belah tgn sambil berdiri atas kerusi tadi) :
Bila mereka passing bola, tak cun cikgu..”Tak cun??” Mereka passing dengan pasukan lain...(ooo..baru aku faham..maksud dia hantaran bola tak tepat..)
Pelajar 6 :
Tak ramai orang tengok cikgu..Kalau orang putih,penonton ada conteng2 muka..(hehehe....)
Haaa...bagi pmain2,pminat2,pngikut2 bola sepak di Malaysia dan yg sewaktu dengan nya,tu semua adalah sedikit komen yang diberikan oleh bbudak darjah 3(9tahun) bila ditanya kenapa diaorang tak suka pasukan bola sepak Malaysia.Jujur dan ikhlas dari hati kanak2 9tahun yang orang kata masih bersih dan diketahui sukar untuk menipu..Mereka akan sebut / cakap apa yang dilihat dan didengar..
Tapi, last2..aku bagi le nasihat kat diaorang supaya sentiasa cintakan negara Malaysia..Tak kira lah dari aspek budaya ataupun mana2 bidang sekali pun..Yang penting sokong dan terus sokong! Aku pun kena lah sokong gak..hehehe..
Semua angguk2 diam dan memandang aku dengan rasa tak puas hati...Dan telinga aku sempat lagi menangkap bunyi diorang bbisik kat belakang...”aku sokong Manchester United..” Hehehehe..
Ermmm...tak bleh nak cakap apa...Budak2...
Chow!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
erol.. ku sik minat bol gilak tapi mun time euro ngan world cup.. akulah urg yg terlompat2 kedak urg gila support team aku kekekekeke...
aku sik sama ngan urg.. team Germany!!! Yeah Germany!!!
hehehe...samalah..
aku bukan minat main bol pun..patutnya entri tok tek tajuknya SAPA SIK SUKA MAIN BOLA?
HAHAHA....
kmk pun x minat bol..hehe!tg ada jak enterframe.. =)
Mek nak madah ngekot gilak bol sik lah...pi mun sukan kedak Olympics ka, Euro ka, World Cup ka, Commonwealth ka...ya nang minat!
haha
isap dadah?
o0o patut la...
baru aku tau
ekekeke
apa pun aku layan entri ko ni
kekalkan bahasa melayu yg senang paham
tak macam blog onggon...susah betul aku nak baca (hehe...jgn marah ye onggon)
bol??aku blur pasal bol tok..ntahla makin kurang jak minat..mun ditanyak kelak sapa nok aku minat kat epl sarawak jak jawap aku.hahaha..blur aku pasal bol tok..ntahla..dah ilang minat..tp nak mun ekot2 nok nei team nok mmg top kompom orang minat...cth MU,CHELSEA,ARSENAL,LIVERPOOL...jarang jjuak aku dengar org minat team not corot jak nombor kat league..btul x???
xminat bola!haha...
tapi..kalau malaysia lawan ke..atau mna2 pasukan bola sepak tmpatan yg teja suka.teja sokong gak..kalah menang balakang ceta...
tapi..kalau tanya budak2..mmg kelakar...mcm2 jawapan..kadang2 suka hati dia je nk jwb pa..haha..
aku bruk jak nk stat blit trun stadium tok.. tp crik kasut wona putih lok... jd holigan.. haha
Eh Cikgu rerupenrnye.
Bola? aku cuma minat bolasepak piala dunia sahaja. Sanggup tak tidur tegok bola piala dunia. Uwahahaha
syFazidawaty :
xminat?jgn angkat tangan k..hehehe..
sama2 kt dok diam.huhuhu..
Zatil :
Yalah..mun world cup ok ckit..Minat brazil sbb dlm main bol pun ada art.best!
PJ selamba :
Trima Kasih..
Blog onggon dia guna bahasa sarawak.kalu ko faham bahasa Sarawak blog onggon lagi layan bai..
Imaginasi tinggi..hehehe!
zEIDrItCh :
Betul2..mst minat team yg top jak..aku pun cuma tauk nama team yg top.Kak ya,nama pmain nak d tauk aku david beckham,ronaldinho & mana yg top lah..hahahaha!!
Teja :
Yeke?Teja sokong pasukan mane?Kalu sy,sy sokong sarawak..Tp haram tak pernah tengok pasukan sarawak main..hahahha!!
iMan :
Kakakakaka...kau tok nang lah..ada2 jak komen kau..Tp bila aku ingat2 balit, lucu juak aku ngenang kt ngenak isam masa ktk org g tg manis dolok.masa ya kt nggar cd guru pendalaman,ada dlm cd ya org tua makey baju MU..hahahahaha!!
Willie :
Yalah...samalah kita tok.aku pun cuma minat Piala Dunia jak..Mlm2 sanggup bjaga..hehehe
ehehe lucu la entry ktk tok~~ biasa la ho jawapan nemiak~~ lucu2 jak~~ neway at least sidak innocent~~ jawapn yg jujo~~ kmk suka jawapan pelajar no 5:
"Bila mereka passing bola, tak *cun cikgu..”
lamak dah mek sik nengar perkataan *cun ya~~ ehehe itulah keunikan bahasa swk~~ :P
ohoho...
psl bola2 nih...
kureng skit...
huhu
xD
salam here..
=)
Tumpang lalu :) Bola malaysia dah profesional, tapi pengurusan masih sik profesional... ya menyebabkan bola malaysia susah nak maju... tapi bena juak, mun kita sik nangga bola sepak kita, sapa lg yang nak nanga :)
salam saudara.. terimakasih kerana singgah di "salam-sejahtera". bercakap pasal bola,aku die hard fan MU.. :D
salam-sejahtera
kakaka.. nak ku xpat lupak psal video ya, pusak lalu kt blkng ckgu ya
ekeke...kalau perlis main..teja sokong perlis la..kalau uitm main..teja sokong uitm..kalau malaysia main..teja sokong malaysia..pernah la g tgk live perlis main live.hehe..skong bola sepak tmpatan..
Post a Comment