Thursday, December 30, 2010

20102011

2010…Tak tahu nak mula cerita kat mana. Pusing kanan pusing kira, atas bawah, depan belakang masih tak jumpa. Senang cerita 2010 sangat complicated! Kurang menarik kalau tak diceritakan secara detail. Paling tidak pun dibuat satu buku atau telemovie. Baru lagi WOW!

Ringkasnya semua berlaku dengan baik dan sangat baik. Kerana memang itu yang aku harapkan setiap tahun. Memperbaiki segala apa sahaja yang masih kurang baik. Dan jika ditanya pula ‘apa aku punya azam untuk tahun 2011?’ Jawapannya tetap sama. Memperbaiki apa2 sahaja yang masih kurang baik agar lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Tidak kira dari sudut mana. Sebagai seorang hamba Nya, sebagai anak, suami, ayah, abang, ketua, kuli, sahabat dan sebagainya..
Walaupun bagi aku 2010 bukanlah tahun yang sangat baik berbanding tahun sebelumnya, dalam soal kerja. Namun dari sudut lain, semua berjalan lancar dan aku sangat senang melalui nya.

Soal duit? Bersyukur rezeki banyak masuk dalam tahun ini. Lumrah, banyak masuk, banyak jugalah keluarnya. Keluar ke mana? Tu kita tak tahu..Haha! Jadi, aku perlu perbaiki dalam pengurusan kewangan untuk tahun depan. Setidak2nya sekarang aku punya penasihat merangkap isteri tercinta. Cuma kadang2 penasihat juga perlukan seorang penasihat. Faham2 je lah..

2011…Macam aku kata mula2 tadi. Aku tidak meletak azam yang terlalu tinggi. Cukup sekadar buat yang terbaik dan termampu. Nak paksa2 pun tak guna. Mungkin bunyi sedikit loser. Tapi sekurang2 aku tidak membebankan kepala otak aku dengan azam yang bukan2. Last2 haram tak buat.

Oh ya, semalam ada sedikit jiwa patriotik dalam diri bila tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Jarang aku rasa macam ni. Lebih2 lagi bila pasal bola sepak Malaysia. Mungkin satu permulaan yang baik untuk tahun 2011…InsyaAllah...
.
.
2010 anda bagaimana?

9 comments:

Amni said...

hahahahahaha... da waktu opuan nang perlu nasihat.. mcm kamek bila dah nangga wedges ngan handbeg... sikda dah fikir duit kawen.. rembat juak.. hahaha... lelah mirul bertahan madah tok, madah ya.. ekekek.. mun nya ada, okey... mun nya sikda? hahaha..

2010 kamek... erm... awesome! banyak benda mek belajar.. banyak juak hajat tercapai.. selalu juak ada rezeki sik disangka.. wahwah.. juga banyak ujian... cuma sik sehebat taun2 dolok... mungkin kinek tok lebih matang.... yerrrr......

labulabi said...

alhamdulillah syukur pada Allah swt sebab aku masih gik bernafas pada hujung tahun 2010 tok.rezeki!! mcm biasa pok kejap ada, kejap xda.tapi masih gik mampu mbak anak bini jalan2 rah miri, mun lebih dapat balit kch juak.hehehe.tahun 2011??lom terfikir gik apa nak jadi,cuma target nak balit ke kpg halaman.sap bleh tolong owh.hehehe.selamat tahun baru pok.

Vivian said...

hahaha main idak duit..makin mai ckup rasa..haha anyway...smlt thn baru..kacak gmbr you,

AmirFX said...

kepada Erol,
Salam bro.. Selamat tahun baru!

Faizal n Fashitah said...

2010 byk pahit manis masam dan lain2 yang berlaku dalam idup aku. Alhamdulillah aku masih sihat walafiat n masih cergas ngedit gambar miak hehehehehe...

erolnukman said...

amni:
yalah..pompuan mun dah maok bbelanja ada bahaya sikit.hehe..kadang2 penasihat jadi bingung..

labulabi:
yalah..aku ada ok sikit tahun tok.rezeki datang sik tauk dr cney.haha...kluar pun sik cney tuju..=P

BSI:
dun lah...dun ngadan dun tamak.hahaha! selamat tahun baru..makseh!

amir:
makseh..selamat tahun baru juak...

f&f:
semoga 2011 akan lebih mengganazzzzz...hahahaha!

ciK LyndaWawa said...

selamat tahun baru jang..harap2..tahun tok lebih bermakna dari tahun2 lepas....

bg kmk...1 jan dah madmood.gine tok...

erolnukman said...

hehehe...bahaya ya.pmulaan ya boleh mempengaruhi sepanjang tahun.

Jue said...

wah stail header koh!
moga byk rezeki ktk thn tok
ikhlas lam polah pa jak
happy new year erol =)