Sepatutnya ada satu entri yang aku nak postkan sebelum entri ini. Bercerita tentang satu lagi cabang fotografi, iaitu fotografi perkahwinan atau lebih mesra dengan nama wedding photography. Memandangkan siapalah aku untuk becakap tentang hal ini, terpaksa cancel. Takut tersalah fakta, walaupun sebenarnya tak banyak mana pun fakta. Lebih kepada bercerita pengalaman sendiri. Siapa nak baca? Ahh..abaikan...


Macam aku pernah cerita kat
sini, tujuan asal blog ni hanyalah tempat untuk aku berkongsi hasil2 fotografi dan bercerita apa yang berlaku di sekeliling melalui gambar2 yang aku ambik. Bukan untuk menunjuk hebat jauh sekali meninggi diri. Tak ada apa sangat pun nak ditunjukkan. Lagi ramai nama2 hebat atau paling tidak pun dikalangan blogger yang aku rasa boleh dijadikan sebagai rujukan. Lagi2 sekarang ni,siapa2 pun boleh memiliki kamera/DSLR. Tak kira tua muda laki pompuan. Tolak tepi isu jenama mana lebih hebat. Bagi aku semua sama! Teknologi sekarang makin laju. Tak larat nak kejar satu2..Tahun ni keluar D60..lepas tu keluar pulak D90..disusuli D3000, D5000, D300s.Dan baru2 ni dengar nak keluar pulak D7000.
(merujuk kepada jenama Nikon.Susunan dia aku kurang pasti).Lepas ni? D7000s? D3z?

Era digital sekarang ni semua dah jadi mudah. Kau tangkap gambar guna kamera telefon pun, kau dah boleh edit gambar tu jadi lawa. Banyak perisian dah wujud sekarang ni. Silap2 orang lain boleh ingat kau ambik gambar guna DSLR..Kena pulak budak2 sekarang ni dah makin kreatif. Idea macam2..Sampai kadang2 tu aku sendiri kagum dengan idea2 seni diaorang. Maksud aku bukan saja dalam bidang seni
fotografi. Seni lukis,
graffiti, muzik,
videografi, grafik&designer dan macam2 lagilah..Kalau boleh tu, rasa macam nak bolot semua bakat2 hebat diorang ni..ehehe!


Apa2pun, aku cukup2 bersyukur dengan apa yang aku dah ada sekarang ni. Lagipun bagi aku, fotografi ni sekadar hobi aku semata2. Belum terfikir lagi untuk success dalam bidang ni. Cuma apa yang boleh aku katakan, aku cukup senang dengan nya. Mungkin lepas ni nak cuba hobi baru pulak. Videografi...Siapa tahu...Hehehe!


Terima kasih kepada isteri tercinta yang paling banyak menyokong. Seorang akauntan peribadi yang sangat cekap mengendali bujet suaminya dalam hal2 sebegini.
(wak, ada saya nanggar lam Shashinki tek, rasa macam nak meli beg kamera baru lah..Beg lamak rasa cam sik best.Boleh kira2 bujet untuk bulan tok?Hehehe..) Tidak lupa juga kepada kawan2 & blogger2 yang sudi singgah ke blog ni. Kepada ex-client / future client, terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk aku merakam detik2 manis dihari penting korang, walaupun mungkin ada yang terpaksa sebab photographer2 hebat lain semuanya full book..Hehehe!
Saya Buat Habis Baik!!! (sambil buat tabik pengakap)
.
.
Last Choice