Monday, August 24, 2009

Jom Berbuka Ngan Martabak!

Kepada semua rakan2 blogger tak kira di mana saja berada SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK..bukan "AL-MURTABAK" ok..hehehe..Puasa jangan tak puasa!

Apa2 pun jom kita layan lagu ni..Serius best!




Wednesday, August 19, 2009

Kasih Norkiah


Aku sebijik handphone.Namaku Nokia.Menurut cerita ibuku,nama asalku bukan Nokia,tapi Norkiah.Semua ini bermula sewaktu bapaku mendaftar nama ku ke jabatan pendaftaran kebetulan pegawai yang bertugas pada masa mengalami masalah pendengaran.Ditambah lagi dengan sebutan bapaku yang agak kurang jelas dan bapaku ku juga seorang yang buta huruf.Beliau menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai pendaftaran itu..Hampeh! Namun aku redhaaa...Untuk pengetahuan korang jugak aku sebenarnya berasal dari Jepun.Arigato!! Haitt!!!
Aku masih ingat lagi sewaktu mula-mula diketumukan dengan tuan ku pada tahun 2005..Gila punyalah tinggi harga ku pada masa tu.Bapak punya canggih.Dilengkapi kamera 1.3mpxel(kira canggih la zaman tu..).Namun aku diajar oleh tuanku agar jangan suka meninggi diri..Dari mula2 aku dimiliki oleh tuanku,rasanya boleh dikira ngan jari je tuanku adjust setting aku pada general mode..Yang lain silent mode + vibrate memanjang.Cuma pada waktu pagi aku akan melalak bagai nak gila mengejutkan tuan ku bangun dari tido..Tu pun kerap kali jugak le dia ni terlajak tido.Tapi,,itu dulu masa tuan ku masih bujang.Sekarang ni bini dia la yang kejutkan.Aku ni skadar suara latar je..Tapi aku seronok dengan kerja ku..
Tiga hari lepas,aku jatuh sakit..Tuan ku begitu risau akan diriku.Pelbagai usaha yang dilakukan semata2 untuk menyelamatkan aku.Sampaikan usaha yang kadang2 aku rasakan tak masuk akal pun dilakukan oleh tuanku.Nak tahu apa usaha ‘tak masuk akal’ itu?Aku rasa mesti korang semua dah tahu..-Acara melontar hp ke diding kasi besepai seluruh isi perut kemudian pasang balik-. Namun semua usaha itu sia2.Bukan menambah baik keadaan,tapi lebih kearah menjahanamkan aku..
Semalam dlm samar2 aku terdengar perbualan tuanku dengan isterinya..Si isteri mencadangkan kepada tuanku supaya membeli telefon yg baru.Aku sedih..Aku tak mampu untuk berbuat apa2..Terlalu banyak kenangan suka duka aku bersama2 tuanku.Aku hanya mampu berdoa agar tuanku bertemu pengganti yang baru..Yang lebih baik dariku..Paling tidak pun iPhone 3Gs..Huhuhu..Kepada sapa2 yang ingin menghulurkan bantuan untuk membiayai kos pembelian iPhone 3Gs bolehlah menghubungi terus kepada pihak tuan ku.Sumbangan anda amatlah diharapkan..Sekurang2nya dapat lah meringankan sikit beban tuan ku itu..Kan..kan..kan..Satu Malaysialah katakan..kekekeke!! Peace!!!..

>p/s :- woi..hp aku rusak.semua nombor contact dah hilang.Waaaaaaaaaaa!!!

Sunday, August 16, 2009

Wednesday, August 12, 2009