Tuesday, March 29, 2011

Gambar X8 - Vintage Film

Teringat zaman kamera film masa sekolah dulu. Bila nak buat sesi bergambar, punya semangat melaram. Kasi nampak rock sikit. Sesi bergambar biasa buat kat belakang hostel. Tempat semak samun. Nampak lagi hardcore kat belakang makmal sain lama..Lagi nampak bangang bila bergambar sorang2 buat posing manja.. Niat nak bagi sama awek. Tak pun kakak angkat.
Dah settle sesi fotografi, tong2 sikit sorang nak cuci gambar pulak. Yang paling best bila part nak ambik gambar kat kedai. Tak sabar nak tengok hasil. Memang semangat gila2...Tapi biasanya semangat tu jadi down bila tengok gambar yang rock tak hengat tapi mata terpejam..Dem!!
.
.
Kumpul balik duit untuk next sesi..

Monday, March 28, 2011

Gambar X8 - testing!

Oklah..daripada langsung tak ada...

Saturday, March 26, 2011

Last Pic

Aku bukan suka sangat nak tukar2 handpnone ni. Banyak kerja..Nak salin balik contact dari phone lama satu hal..Menyusahkan. Belum masuk bab nak explore dia punya function lagi. Kena pulak dengan jenis touch screen, lipat2, slide sana sini. Tapi bila phone lama dah meragam macam2. Rosak itu rosak ini, nak buat macam mana. Terpaksa tukar kalau nak repair pun harga boleh sambar sebijik lagi..Payah jugak guna phone canggih2 ni sebenarnya. Nak kena jaga elok2..Bukan macam zaman nokia 3310 dulu. Jatuh dari flat tinggkat 3, bkecai..Kutip,pasang balik,ON..slumber boleh guna balik.
Kat atas tu last pic (24/03/2011) dari Satio aku..Tak sampai 4 bulan phone tu dah kondem. Jumaat lepas aku dah jual. Bagi harga murah dekat satu kedai tu sebab kedai2 lain semua dah tak nak ambik. Cuma tambah beberapa puluh ringgit aku sambar sebijik xperia X8. Layan android OS pulak kali ni. Kamera kualiti cuma 3.15mp. Jauh beza dari Satio 12mp. Apa2pun gambar dari xperia X8 aku tunjuk dekat next entri.
.
.
Paranoid Android!

Thursday, March 24, 2011

Itu Budak Sudah Tiga Tahun..

Dulu masa aku kecik, teringin sangat nak main Play-Doh. Lebih2 lagi iklan permainan tu selalu keluar kat TV. Tapi masa tu bapak aku cuma mampu belikan sekotak sorang plastisin untuk aku & adik. Kami bantai main plastisin tu sampai melekit satu rumah..Buat macam2 bentuk. Paling top, bentuk karipap!
*
*
*
*
Hari ni adalah ulang tahun hari lahir Hariz yang ke tiga. Masa di kuching hari tu, aku dan bini pening tak tahu nak beli hadiah apa untuk Hariz. Pilih punya pilih last2 beli satu set Play-Doh. Bungkus cantik2..

Tadi siang aku antara yang paling teruja tunggu Hariz bukak hadiah. Aku nak balas dendam. Aku nak main Play-Doh puas2..Dalam sejarah, pada usia 3 tahun Hariz, ini kali pertama aku sentuh & main Play-Doh...Sekali lagi bentuk karipap antara yang paling top!!!

Selamat Hari Jadi Hariz Nukman!

Sunday, March 20, 2011

Jalan2..Makan2...Kuching!

Nah! Nak sangat...Lama tak update, terus upload banyak gambar. Malas nak post entri sesi panas badan. Hehehe...Ada lagi sebenarnya. Tunggu kalau rajin aku upload kemudian.
Gambar kurang menarik untuk tatapan umum..Mungkin sedikit teruja bagi sorang dua yang terlibat dalam gambar.
.
.
Baru perasan,trip kali ni gambar banyak shoot malam..=)

Saturday, March 12, 2011

Salihin + Norayati

Ingat nak upload lagi banyak gambar...Line slow. Tak boleh nak buat apa. Aku upload lain hari. Kalau rajin...
Kepada pasangan pengantin semoga berbahagia ke akhir hayat!
.
.
Hujan..

Tuesday, March 8, 2011

Belog Aku

Aku jarang jawab tag. Tapi tag dari Encik LabuLabi ni, aku tengok soalan dia best jugak. Lagipun aku memang nak bercerita sedikit pasal blog ni. Bila dah ada soalan2 macam ni, mudah sikit kerja aku…
1. Tahun bila mula berblogging?
Jun 2008. Masa tu masih bersama iBook G4 + Deconnexion free wifi. Coverage cuma sampai di bahagian dapur rumah. Itu pun cukup2 makan. Maknanya masa tu aku salah seorang lelaki yang rajin ke dapur. Hahaha..

2. Dari siapa kenal blog?
Tak berapa nak ingat. Yang aku ingat masa tu aku rajin bukak blog ini. Fad Manaf punya blog. Admire dengan gambar2 yang dia ambik. Sedikit sebanyak turut terikut2 dengan dia punya stail. Dan lagi satu blog ini..Penampar Terbang. Cara penulisan dia aku suka. Cerita macam2..Sekarang tak tahu kemana Dani menghilang. Blog dia pun lama dah tak ada. Mungkin dari situ kot aku kenal blog..Lambat kan?

3. Siapa anda hasut untuk menjadi blogger juga?
Tak pernah menghasut sesiapa. Tak kira nak suruh baca blog aku atau sekali gus untuk menjadi blogger. Jawapan saya ‘tidak ada’.

4. Blog anda sebenarnya?
Masih lagi blog bergambar. Cerita sikit2 pasal life aku, sekeliling aku, famili, kawan2, travel sana sini.. Tapi sekarang ni aku tengok skop dia lagi luas. Macam2..selain dari tempat untuk mencarut. Sampingan.

5. Blog yang anda suka baca jenis yang?
Semua aku layan. Kadang2 benda ni pun ikut mood sebenarnya. Blog gossip2 artis pun aku baca. Hahaha..Ada baca cerita terbaru pasal Lisa Surihani? =P

6. Siapa banyak ajar tentang blog?
Tanya kawan2 blogger. Selebihnya try & error..Jujur aku tak pandai nak ubah2 template seperti blog korang. Nak edit html apa bagai semua tu..Leceh. Aku rasa kejayaan yang paling besar aku pernah buat untuk blog ni, aku berjaya bubuh gambar kat header tu. Comel bukan?hahaha…

7. Sejarah Domain name anda? Dan sebab?
Pada asalnya aku taruk nama blog ni EROLENSA..Yelah baru nampak cam fotografi sikit kan?Hehehe.. Aku perasan sekarang ni pun,siapa2 yang dah lama follow blog ni, diaorang masih letak link nama EROLENSA. Ok, tak kesah..Orang yang sama.
EROLENSA..Bunyi macam sedikit poyo. Bila dah macam tu, aku tukar nama jadi EROLNUKMAN. Nukman tu sebenarnya aku ambik dari nama belakang anak aku HarizNukman. Kasi gabung jadilah Erolnukman..Baru nampak hemsem..=)

8. Apa yang anda tak suka pasal blog?
Setakat ini tak ada. Kejap2..bagi masa aku fikir..Tak ada kot. Next!

9. Apa yang anda harapkan dari blogging?
Tak mengharapkan apa2 pun sebenarnya. Siapa2 yang nak singgah, baca, komen, terpulang..Blog sekadar suka2. Bukan ada apa pun. Cuma rasa seronok jugalah bila ada kawan2 baru. Walau tak ada seorang pun yang pernah aku jumpa secara live!

10. Anda Berbloging kerana?
Suka-suka…Berkongsi gambar, cerita, ilmu, perasaan..Cewahh!. Lagi satu aku suka baca balik entri aku yang lepas2..Lihat hasil2 fotografi aku. Mana tahu anak cucu aku pun baca blog aku ni sepuluh dua puluh tiga puluh tahun akan datang. Masa tu nanti baru dia orang tahu betapa bajet coolnya atuk diaorang ni dulu..Hahaha

Tag kawan.
Siapa yang tengah ketandusan idea nak update tu, layan siot jawab tag ni..

Thursday, March 3, 2011

Gambarajah 1.5

Tak tahu nak tulis apa...
.
.
.
Kosong!

Wednesday, March 2, 2011

Gambarajah 1.4

Tak tahu lepas entri ni, aku jadi hilang keyakinan diri untuk syok sendiri..Banyak post yang aku tak publish. Upload banyak gambar. Taip panjang2. Last2 delete...
.
.
Esok kena keluar jalan2. Kasi rehat kepala. Bagi kurang sikit serabut. Banyak benda kena fikir sejak akhir2 ni. Lagi2 bila dah nak sambung study. Tak tahu setakat mana tahap kesediaan aku untuk belajar lagi.