Tuesday, October 26, 2010

Fakta-fakta yang diajar kepada aku pada hari ini..

Sekadar ingin berkongsi beberapa fakta yg sempat dicopy dari sini. Mungkin selama ni ada antara kita atau lebih senang, aku sendiri tidak pernah menyedari hal ini. Bukan tidak pernah, tapi malas nak ambil tahu..
1. Kita diajar dalam buku biologi,
Buku pemakanan menerangkan bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. - Bagi aku bontot ayam lagi sedap dari hati dia..hehe

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. - Kopi aku kureng sikit. Aku lebih kepada teh. Aku rasa kalau dari kecik aku memang mengamalkan minum kopi,sah2 sekarang ni aku dah jadi profesor..=)

3. Kita diajar makan kambing tinggi kolesterol,
Namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. - Kari kambing ada satu kedai mamak tu...Perhhhh...Mengkhayalkan...Dikhuatiri boleh mndatangkan makhruh. Hahaha.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus...
Namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. - MSG tu menatang apa ek??

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
Contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun, pasti sangat tidak baik untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).- Aku tahu hal ni, tapi tetap tak peduli...huh!

6. Untuk pengetahuan, para agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
Namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Lagi satu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. - Haaa..kena hati2 ni..Kejantanan tu kena jaga...Siapa suka minum soya?
.
.
.
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Sunday, October 24, 2010

......

Selamat Hujung Minggu....
.
.
.
Sah takde idea!

Thursday, October 21, 2010

Wowwww!!!!

Dah agak.Tiap2 minggu layan 999, cerita pasal serbuan rumah urut/pusat hiburan,tak pernah miss..Ada saja gadis2 comel seksi warga china,thai,indon menjadi hasil tangkapan. Laku betul diaorang sejak kebelakangan ini. Permintaan tengah naik..Hasil tentu lumayan!
.
.
Dunia2..Berniaga manusia lebih baik daripada berniaga unta..Wowwww!! -3 Abdul-

Wednesday, October 20, 2010

Campuran edisi Amni

Dengan mengecilkan seminimum yang boleh gambar2 diatas, menjadikan kualiti gambar yang 'kurang berkualiti' betambah KURANG kualitinya. Jadi untuk Cik Amni, pesan saya jangan mudah terpedaya dengan puji-pujian rakan2 blogger anda yang banyak memuji gambar saya cantik..Mereka tipu! hahaha...

Diharap dengan mengecilkan saiz gambar untuk entri kali ini, saudari Amni dapat tengok semua gambar2 dalam HP mahal saudari yang baru tu...kehkehkehkeh! Kalau masih tak boleh nak review, maknanya bukan rezeki saudari lah tuuuu...

SAKSIKAN LAAAHHH.....

p/s : gambar2 semua dari post2 yg terdahulu.kepada siapa2 yg dah rasa jemu tu,sila abaikan kan entri ni...khas utk line internet kurang upaya jer..hehehe

Sunday, October 17, 2010

Berhujung Minggu

Jumpa port baru tempat santai2 sama famili. Jambatan baru. Jalan baru. Sementara jalan tak brapa sibuk seronok juga melepak sambil menikmati petang yang indah. Esok2 kalau dah ramai mat2 rempit datang nak test power,susah sikit. Jalan jadi panas. Line tak berapa nak clear.

Balik2 terus pegi kedai makan. Pekena ais lemon tea & nasi ayam..Perfect sunday!
.
.
Esok isnin!

Saturday, October 16, 2010

16 Oktober 2010

Balik dari kursus terus duduk ujian PTK...Tak ingat kali ke berapa dah ambik ujian ni. Tapi takpe. Hari ni kira last aku ambik ujian ni, sebab semalam Najib dah umum tahun depan dia tak bagi dah ujian2 ni semua. Termasuk bonus pun dia tak bagi...Cantekkkk!!!

Ahh,malas nak cerita pasal benda2 ni semua...Aku kurang berminat. Aku nak rehat. Esok2 sambung.

Sopan?
.
.
Belum lagiiii....

Thursday, October 14, 2010

Santun...

Rindu kat dua orang ni..
Gua dihantar bekursus di Grand Continental Hotel Kuching!
Kursus Kesantunan Bahasa. Mungkin selama ni gua punya bahasa tak cukup santun.
.
.
Dengan ini, maka saya terpaksa berhenti disini dahulu.Ada kelapangan kita sambung lagi...
Sekian, Terima Kasih!!

Sunday, October 10, 2010

Kayuh-kayuhan

Seronok dapat berbasikal sama anak bini. Anak pun kadang2 rasa bosan asyik jalan naik keta naik moto. Sekali sekala naik basikal pun layan jugak. Cuma kena gilir2 tumpangkan si anak. Hehehe...
.
.
Esok Isnin dah...

Wednesday, October 6, 2010

Gambarajah 1.3 (Last)

Sepatutnya ada satu entri yang aku nak postkan sebelum entri ini. Bercerita tentang satu lagi cabang fotografi, iaitu fotografi perkahwinan atau lebih mesra dengan nama wedding photography. Memandangkan siapalah aku untuk becakap tentang hal ini, terpaksa cancel. Takut tersalah fakta, walaupun sebenarnya tak banyak mana pun fakta. Lebih kepada bercerita pengalaman sendiri. Siapa nak baca? Ahh..abaikan...

Macam aku pernah cerita kat sini, tujuan asal blog ni hanyalah tempat untuk aku berkongsi hasil2 fotografi dan bercerita apa yang berlaku di sekeliling melalui gambar2 yang aku ambik. Bukan untuk menunjuk hebat jauh sekali meninggi diri. Tak ada apa sangat pun nak ditunjukkan. Lagi ramai nama2 hebat atau paling tidak pun dikalangan blogger yang aku rasa boleh dijadikan sebagai rujukan. Lagi2 sekarang ni,siapa2 pun boleh memiliki kamera/DSLR. Tak kira tua muda laki pompuan. Tolak tepi isu jenama mana lebih hebat. Bagi aku semua sama! Teknologi sekarang makin laju. Tak larat nak kejar satu2..Tahun ni keluar D60..lepas tu keluar pulak D90..disusuli D3000, D5000, D300s.Dan baru2 ni dengar nak keluar pulak D7000.(merujuk kepada jenama Nikon.Susunan dia aku kurang pasti).Lepas ni? D7000s? D3z?

Era digital sekarang ni semua dah jadi mudah. Kau tangkap gambar guna kamera telefon pun, kau dah boleh edit gambar tu jadi lawa. Banyak perisian dah wujud sekarang ni. Silap2 orang lain boleh ingat kau ambik gambar guna DSLR..Kena pulak budak2 sekarang ni dah makin kreatif. Idea macam2..Sampai kadang2 tu aku sendiri kagum dengan idea2 seni diaorang. Maksud aku bukan saja dalam bidang seni fotografi. Seni lukis, graffiti, muzik, videografi, grafik&designer dan macam2 lagilah..Kalau boleh tu, rasa macam nak bolot semua bakat2 hebat diorang ni..ehehe!

Apa2pun, aku cukup2 bersyukur dengan apa yang aku dah ada sekarang ni. Lagipun bagi aku, fotografi ni sekadar hobi aku semata2. Belum terfikir lagi untuk success dalam bidang ni. Cuma apa yang boleh aku katakan, aku cukup senang dengan nya. Mungkin lepas ni nak cuba hobi baru pulak. Videografi...Siapa tahu...Hehehe!

Terima kasih kepada isteri tercinta yang paling banyak menyokong. Seorang akauntan peribadi yang sangat cekap mengendali bujet suaminya dalam hal2 sebegini.(wak, ada saya nanggar lam Shashinki tek, rasa macam nak meli beg kamera baru lah..Beg lamak rasa cam sik best.Boleh kira2 bujet untuk bulan tok?Hehehe..) Tidak lupa juga kepada kawan2 & blogger2 yang sudi singgah ke blog ni. Kepada ex-client / future client, terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk aku merakam detik2 manis dihari penting korang, walaupun mungkin ada yang terpaksa sebab photographer2 hebat lain semuanya full book..Hehehe!

Saya Buat Habis Baik!!! (sambil buat tabik pengakap)
.
.
Last Choice

Monday, October 4, 2010

Gambarajah 1.2 (Bahagian 2)

Pada awal penglibatan aku dalam hobi baru ini, memiliki DSLR tidak semudah yang disangka. Maksud aku bab pengendalian kamera. Mula jadi serabut dengan butang sana sini. Function entah apa-apa. Mode pelbagai. Istilah merepek repek! Hanya berpandukan buku manual semata-mata. Walaupun segala-galanya lengkap ada dalam buku manual, tapi mood untuk mempelajari secara teori hilang! Tidak seperti sebelum memiliki kamera. Semua berubah. Aku sudah bosan dengan teori! Yelah..kamera sudah ada di tangan. Jadi,faham-faham saja lah...

Untuk mengambil jalan mudah, mode auto pada kamera digunakan sepenuhnya. Nak ambik gambar close up, guna mode yang ada lambang bunga..Gambar landskap/permandangan, guna mode lambang gunung, potret guna mode yang ada lambang kepala perempuan. Kalau nak ambik gambar objek-objek yang bergerak sikit guna mode lambang orang tengah berlari. Senang..Tak payah sibuk-sibuk nak adjust itu ini. Shutter, aperture, ISO, semua dikawal oleh kamera!

Hasilnya???..Tidak seperti yang diinginkan. Yelah, dah nama pun mode auto.Seratus peratus kehendak kamera. Dari situ aku mula fikir balik. Sampai bila nak guna mode auto. Dengan hasil gambar yang ala kadar. Baik tak payah beli DSLR. Tak boleh jadi. Aku kena belajar. Lambat pun lambat lah..Nak tak nak, orang yang bertanggungjawab ini lah yang terpaksa mengajar aku walaupun cuma melalui SMS. Hehehe..jasamu dikenang!

Seperti pengguna DSLR lain, maksud aku lebih kepada pengguna yang baru nak menghayati seni fotografi, aku tidak terlepas dari mengambil gambar-gambar sunset, water drop, close up tumbuh-tumbuhan. Yang aku kira menjadi gambar wajib dan harus menjadi sasaran utama. Melalui kajian dan pemerhatian aku la...Kalau aku silap, sila perbetulkan.

Lagi satu, ambik gambar sendiri depan cermin. Bersama-sama dengan 'kamera pusing2' anda.. Bersepah gambar macam tu dalam simpanan aku. Pose kena jaga. Bujet kasi nampak macam pro sikit! Hahahahaha!!!!..
.
.
ISO,APERTURE,SHUTTER!