Monday, July 9, 2012

Rumahku Sorgaku

SET 1
Gambar diambil sekitar bulan Oktober 2009. Saja melawat tapak projek. Melihat perkembangan orang kata. Takda lah terlalu excited masa ni. Cukup2 rasa. Oh ya, masa tu beli dalam 190k. Hutang!!

SET 2
Haaa..yang ini 70% siap. Gambar diambil Oktober 2010. Ya, sangat lambat sampai aku naik bosan nak follow perkembangan dia. Kira tak menepati janji lah ni. Alasan pemaju, ramai pekerja dia buat projek bina rumah sarang burung. Puihhh!..Sampai aku 2 3 kali pergi serang ofis bertekak hentak2 meja. Mintak ganti rugi. Ok,tu gua tipu..

SET 3
Ok. Tarikh gambar ni diambil 21 Disember 2011. Sepatut rumah dah siap awal. Terlewat memandangkan ada sedikit penambahan dalaman. Juga kekangan masa dan kewangan. Bernasib baik juga mempunyai seorang akauntan merangkap bini yg bijak menguruskan keluar masuk wang. Ok, masa ni sangat excited nak tinggal rumah baru walaupun banyak benda lagi yang kurang nak kena isi dalam rumah tu. Tapi, bila fikir2 balik sampai bila2 pun tak akan cukup. Dengan mengambil kira 'guna sahaja apa yang ada' kita orang pun ambik keputusan pindah masuk bulan Mac 2012. Alhamdulillah...

SET 4
Abaikan flyers dalam gambar kat atas. Benda dah lalu..Saja upload kasi sama2 layan. (Gambar makan2 masa OpeningCeremony tu aku takda. Penat baru balik buat wedding job. Tak dan nak ambik gambar) So, sekarang aku anak beranak dah tinggal kat rumah tu. Seronok jugalah bila dah ada rumah sendiri ni. Walau tak sebesar mana pun. Rumah teres dua tengkat jerrr. Dalam pun kosong lagi..Bolehlah tempat berteduh dari hujan dan panas. Ahaks! Raya nanti jemputlah ke rumah ye...

Selamat Hari Raye...

Tuesday, July 3, 2012

Bila Senang Kau Lupa - Manusia

Aku sepatutnya tak patut buat macam ni. Blog lama terabai. Kesian kat dia. Aku jarang berpaling kasih sebenarnya. Curang jauh sekali. Ni semua salah instagram...Salah instagram! Tp aku tak nafi instagram lagi enak tempat berkongsi gambar. Mudah! (Memandangkan blog ni memang byk gambar daripada membebel) Yalah dengan instagram tengah mandi berak semua pun boleh upload gambar. Cuma aku tak try buat lagi laaa..Tengok la esok2 macamana.

Apa2pun aku tetap sayang blog ni. Mana boleh main2 tinggal macam tu je. Ada masa aku singgah, aku singgah. Update apa2 yg patut. Taruk sekeping dua gambar. Ok? Jangan merajuk2 ye blog...

See u!