Friday, September 30, 2011

Rindu Semalam

Menghampiri setengah tahun. Tempoh yang aku kira agak panjang juga untuk dilalui. Aku sudah mula bosan. Benar-benar bosan. Semalam rindu itu menyapa aku tiba-tiba. Huh! Mana mungkin jiwa sekental ini mula lebur dengan rindu-rindu itu semua. Untuk menyesal jauh sekali..Tidak mungkin!

Namun, setelah menatap potret-potret itu buat aku lupa. Lupa akan kekentalan diri. Lalu menyapa kembali rindu-rindu itu. Ciss! Lambat rambut ni nak panjang. Rindu pulak nak sapu minyak pagi-pagi lepas mandi. Bagi sikat belah tepi...(walaupun kerja2 tu semua aku tak berapa nak suka)
.
.
OFF!

Wednesday, September 28, 2011

Ancaman Labu Labi

Sebenarnya aku dah mention kat sini benda ni. Tak tahulah, mungkin sebab terlalu asyik dengan gambar makanan bro Labulabi terlepas pandang note aku kat bawah entri tu. So aku buat satu entri khas ni untuk tatapan dia dan renungan kita bersama. Harap ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. =)

Untuk Labulabi, harap lu boleh settle benda ni cepat sebelum terlambat..Gua tak boleh nak tidur malam memikirkan masalah lu ini. Kahkahkah...

Sekian!

Closing Raya

Tadi siang staff sekali lagi buat makan-makan kat ofis. Jamuan penutupan raya katanya. Seronok jugalah..Abang-abang Bank Rakyat kebetulan datang promo kad kredit pun join sekali. Jadi nampak meriah lah sikit. Perut kenyang open karaoke. Melalak tarik suara bawak lagu Taman Rashidah Utama. Memang terbaekkk! Hahaha!..

p/s :
Saudara LabuLabi, ko punya blog kena Malware apa cerita? Aku tak bleh nak bukak..

Sunday, September 25, 2011

Portable Hard Disk-Gambar Facebook-Ramah Tamah-@#$%^&

Tak tahu apa masalah dengan aku punya portable hard disk. Lebih separuh gambar masa ramah tamah aidilfitri hari tu lesap. Tak tahu hilang celah mana. Gambar yang ni pun aku kutip satu-satu balik dari album facebook. Nasib baik sempat upload sikit bagi staff layan. Kualiti faham-faham lah. Benda-benda macam ni memang kasi potong aku punya mood. Weekend ini banyak pekara buat aku betul-betul kecewa..Malas dah nak mencarut. Layan saja apa yang ada.
.
.
Nite!

Wednesday, September 21, 2011

Gambarajah 2.1 - Pizza Hut

Maaf tiada gambar makanan. Masuk Pizza Hut order air limau segelas, kongsi minum tiga orang. Tangkap gambar sikit. Blah...
Kahkahkahkah!
.
.
Asyik cerita makan je minggu ni..

Monday, September 19, 2011

Jom! Layan Roti Bakar

Suka makan roti bakar? Haaa..hari ini aku nak kasi tau pasal satu kedai kopi ni. Dia punya roti bakar. Memang terbaekkk! Tak percaya, korang datang Sarikei, carik satu kedai kopi nama Aik Seng. Kedai yang sangat klasik.

Sebenarnya roti dia bukan ada apa pun. Roti dia bagi bakar calit sikit mentega kacang, Planta, kaya. Simple! Aku pernah try buat kat rumah. Lain..Rasa dia lain. Tak sama yang Aik Seng punya. Orang kata roti tu sedap sebab dia bakar roti tu guna cara lama. Guna kayu sebagai bahan bakar. Itu orang kata laa..Tak ada pulak aku sampai pergi dapur check dia bakar guna apa.Hehehe...

Cakap banyak tak guna. Kalau berkesempatan, apakata korang datang try sendiri.Rasa..Memang sedap. Bagi yang tak suka makan roti tu, aku tak berani pulak nak jamin bagi korang jadi suka. Terpulang..Rasa juga subjektif (kot).

Bini gua tak suka roti, tapi slumber bedal 3 bijik itu hari..
Pelahap sungguh!
Hahaha...

Sunday, September 18, 2011

Suatu Masa #2

Bersama teman-teman dimalam bukan tiga puluh satu Ogos hari itu. Ya, teman-teman! Lebih dari seorang teman. Bercerita cerita-cerita lama. Layan flash back. Diiringi background muzik dari sebuah radio kecil yang bersuara lantang. Selantang suara manja DJ yang bertugas malam itu. Jangan tanya aku DJ tu nama apa, dari radio mana. Maaf aku kurang periksa.

Macam-macam cerita. Tersusun satu persatu mengikut zaman. Lebih kepada pengalaman muzik masing-masing. Teman satu dengan pengalaman Black Metal dan segala metal kejadah dia sapu habis. Licin. Teman dua dengan grunge Nirvana beliau. Nama uncle Cobain beliau acap kali disebut-sebut. Teman tiga empat lima berkongsi cerita punk rock dan hardcore mereka. Sangat muhibah. Aku bangga punya teman-teman seperti mereka. Berlainan aliran boleh duduk gelak guling-guling sama-sama. Huh! Aku bangga...

Tengah asyik bercerita bersama gelak tawa persis pemimpin gila kuasa, intro lagu 'Kepadamu Kekasih' dendangan M.Nasir berkumandang dari pembesar suara radio kecil. Lunak tiupan seruling menerjah masuk ke telinga mereka-mereka. Sangat asyik!

Semua terdiam...layan..

Hilang dia punya Metal!
Luntur lu punya Grunge!
Hahaha....

Wednesday, September 14, 2011

Suatu Masa

Duduk bersama seorang teman baik di anjung rumah pada malam tiga puluh satu Ogos hari itu. Memerhati sahaja gelagat anak-anak remaja meraikan hari 'Kemerdekaan' mereka. Dengan bermacam-macam gaya dan cara. Bersama teman-teman lelaki teman-teman perempuan. Comel dan sangat manis orang kata. Senyum sendiri....

Aku capai gitar. Mula memetik perlahan setiap tali berkarat. Dan sesekali memutarkan telinga gitar untuk membetulkan nada yang sedikit lari. Selepas dirasakan puas, mula mainkan beberapa lagu. Cuma menyanyi perlahan. Mata menghadap ke langit. Padang tepat arah langit hitam pekat bersama bintang-bintang. Indah...

Dalam menyanyi sumbang, kepala otak mula ligat. Memandang kepada diri aku tika itu dan 'waktu itu'. Dua watak yang jauh berbeza. Aku mula berkhayal dan membawa diri ke masa silam. Gila! Sampai suatu ketika aku perlu tarik nafas dalam-dalam untuk aku terus sampai ke masa itu.

Dalam sayup-sayup terluah kata-kata dari mulut teman, "Kita jauh berubah dah sekarang kan? Sangat-sangat jauh.."

Aku diam........

Sunday, September 11, 2011

Musim

Tetap mahal jugak..Nasib baik isi elok. Bijik dia pun gua dah tanam elok2 belakang rumah..Bubuh baja sikit. Sepuluh tahun dari sekarang harap2 boleh dah menuai hasil. Tu belum tolak gua kasi kawen sama pokok pisang lagi. Kahkahkah...

Tuesday, September 6, 2011

B Side - Aidilfitri

Dah2...malas ah nak crita pasal raya lagi. =)