Wednesday, September 29, 2010

Gambarajah 1.1

Hari ini masa banyak dihabiskan membuka semula cerita2 lama dalam blog ni.Bila diingat balik tujuan asal aku buat blog.Semua bermula disebabkan minat aku dalam fotografi.Disuntik dengan rasa teruja melihat hasil2 gambar dari blog ini.Boleh dikatakan influence aku dalam bidang fotografi selain nama2 lain yang akan aku sebut nanti.

DSC_0039DSC_0100Pada asalnya aku kurang menghargai seni dalam fotografi.Cuma lebih tertumpu pada muzik dan seni lukis.Kegilaan untuk bereksperimen dengan bunyi-bunyian pada masa itu sangat tinggi. Apa2 sahaja yang berkaitan dengan muzik.Bermain bersama band dan sempat juga merakam beberapa rilisan sebelum terkubur.Pernah juga menyertai kumpulan pancaragam Kombo Saberkas di Kuching sebagai pemain trumpet.Senang cerita zaman 'my life is music' lah..Sangat poyo!

DSC_0143DSC_0183Iman Daud.Seorang sahabat yang memperkenalkan satu lagi cabang seni yang tidak pernah aku ambil peduli sebelum ini.Fotografi..Ya,aku masih baru dalam bidang ini.Mungkin ayatnya terlalu klise dan sering kita dengar bila ditanya kepada mana2 penggemar fotografi.Tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari ada yang mengaku sudah lama menceburi dalam bidang ini.Cerita begitu begini.Padahal nothing!

DSC_0003Mulai hari itu aku mula menjadi pemerhati.Merujuk sumber2 dari internet,buku dan majalah berkenaan kamera/fotografi.Melawat laman web/blog jurufoto2 profesional/amatur dalam & luar negara.Aku kira ianya sebagai medium utama sebagai rujukan (sampai sekarang).Kamera handphone nokia model 3230 1.3megapixel pula sebagai pelengkap minat aku dalam fotografi.Sehinggalah aku memiliki DSLR yang pertama pada awal tahun 2008.Nikon D60!
.
.
Hobi Baru!
(bersambung....)

Saturday, September 25, 2010

Hazwan Asyraf

DSC_0037DSC_0006DSC_0003DSC_0044Baru perasan yang blog ni banyak koleksi gambar2 budak.Dah macam TASKA aku tengok..Siapa2 yang berminat nak hantar anak2 tu bagi jaga, sila2kan lah..Jangan risau,selamat daripada kejadian anak anda tercekik susu..

Ni bukan anak terbaru aku.Ni gambar anak adik aku..merangkap anak buah sulong.
.
.
OFF!

Monday, September 20, 2010

50 Pertemuan Pertama

DSC_0276Petang semalam layan 50first Date dalam bahasa melayu..hehehe! Saje nak bagi geli2 telinga dengar Drew Barrymore cakap melayu.
Teringat lebih kurang 6 tahun lepas tengok movie ni sambil kepala dok layan deejavo yang sangat teruk sepanjang hidup aku.Serius! Deejavoo yang begitu panjang.Sampai rasa takut untuk melalui detik2 seterusnya..Sebab aku tahu mimpi2 aku tak selalunya indah.
.
.
Korang pernah mengalami deejavoo?

Thursday, September 16, 2010

Random Raya 2010

DSC_0053DSC_0118DSC_0018DSC_0081DSC_0090DSC_0026DSC_0080DSC_0021DSC_0076DSC_0022DSC_0017DSC_0036DSC_0005Lepas balik dari kampung hari tu,rasa tak sedap badan...Mula sakit itu ini. Demam, batuk, selsema dan macam2 lagi.Dan paling penting penyakit malas...Semua kerja jadi malas, tolak tidur & makan la..Pendek cerita 'simptom selepas cuti raya'..
Kosong..Tak tahu nak kongsi cerita apa..Layan je lah gambar2 raya hari tu.Gambar2 ni betul aku kutip satu2 secara random.Takda menunjukkan suasana gambar raya sangat pun..Banyak gambar Hariz je.Sebab masa raya ni dia yang buat paling rasa seronok..
.
.
Malas!

Tuesday, September 14, 2010

Kembali Bekerja

DSC_0004
DSC_0009
DSC_0011Tiada apa yang paling tak best selepas seronok beraya di kampung,balik semula ke tempat kerja...Jalan yang rata pun rasa berlubang sana sini..
.
.
KERJAAN!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

DSC_0094
KADRAYASelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku serta keluarga.

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan

DSC_0061
DSC_0059
DSC_0123
DSC_0124
DSC_0125
DSC_0129
DSC_0122Gambar ni sepatutnya lebih afdal kalau dikongsikan awal Ramadhan hari tu.Baru menyengat, baru lebih terkesan.Tapi mungkin masih belum terlamabat walaupun feel dia agak kurang memandangkan dalam beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya dan Syawal akan menyusul. Rasanya semua sudah mula sibuk dengan persiapan2 raya.Dari kek biskut sampailah ke bujet duit raya.

Yang bekerja jauh di perantauan pastinya semangat untuk pulang ke kampung halaman sudah berkobar-kobar. Tak sabar2 menemui keluarga tercinta, sahabat handai, dan mungkin juga 'orang tersayang'..Pasti! (bagi yang tak dapat balik kampung beraya tu,kira cerita lain ek)

Namun,apa yang lebih pasti..saat pergi nya Syawal, berlalunya raya...bulan ini juga yang akan sentiasa dirindui...Ramadhan..
.
.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

Wednesday, September 1, 2010

Perniagaan Untuk Masa Depan

DSC_0150
DSC_0148
DSC_0149
DSC_0151Jangan main2..Seni mengarut camni kalau letak kat galeri2 seni, harga boleh cecah ribu riban ni..Dapat jual 4 gambar terus kaya tak tentu pasal gua!
Kahkahkahkah...
.
.
Merepek!