Friday, October 28, 2011

Tag Hani & Jue

Dalam kekangan masa ni aku cuba sedaya upaya untuk menjawab tag dari Jue & Hani hari tu. Maaf.Sedikit terlewat. Ok, tanpa banyak bicara...

11 benda pasal aku
  1. Islam
  2. Melayu
  3. Lelaki
  4. Anak Affandi + Hasmah
  5. Suami Faridah Ahmad
  6. Bapak Hariz Nukman
  7. Suka fotografi
  8. Suka muzik
  9. T-shirt
  10. Jeans
  11. Converse

Soalan Hanie & Jue
1. Kalau anda jumpa sejuta ringgit di jalan, anda _______?
- Ambik. Bayar hutang kereta rumah. Enjoy! Hahaha...

2. Kalau selena Gomez datang rumah anda, anda _______?
- Cis, aku kena google nak tahu siapa Selena Gomez. Comel budak tuuu..=)

3. Kalau anda ada doraemon, anda _______?
- Aku mintak 'pintu suka hati'..

4. Kalau Bruno mars kata anda adik dia, anda _______?
- Hang biaq betoi Bruno???

5. Kalau anda bijak, anda _______?
- Aku jawab tag ni...Tengah bijak ni! hehehe...

6. Kalau anda seekor semut, anda _______?
- Mintak simpang malaikat 44..hahaha! Taknak!

7. Kalau anda budak kecil, anda _______?
- Aku boleh ngorat budak2 tadika...Hahaha!

8. Kalau anda cuma ada sepuluh sen, anda _______?
- Dok diam kat rumah tunggu hari gaji...

9. Kalau anda ada time machine, anda _______?
- Patah balik zaman sekolah. Belajar biar sampai jadi doktor.

10. Kalau anda dapat baucer KFC setahun, anda _______?
- Hari2 makan KFC selama setahun..Jemu ahh! Baucer boleh tukar dengan wang tunai tak?

11. Kalau anda seekor burung, anda _______?
- Apa g? Terbang lah....

Ok, aku rasa cukup sampai sini..Lain2 syarat tu kita kira kawan2 je lah! Hehehe...
Selamat berhujung minggu...Peace!

Monday, October 24, 2011

Memang Dah Ada Rupa!

Sibuk-sibuk letih-letih pun, untuk anda semua aku persembahkan...Sumbang mambang kita tolak tepi. Janji rock. Lepas ni nak carik CD karaoke lagu-lagu punk hardcore. Tak pun black metal..Baru true! Chaittt!!
.
.

Thursday, October 20, 2011

Sukan Lagi

Hari tu modem streamyx hangus kena petir. So masih lagi menumpang kasih nak upload gambar2 aktiviti rutin tahunan ini semua. Maaf tak sempat nak singgah kau punya blog.

Tuesday, October 11, 2011

Satu Dua....

Dalam lima enam jam itu. Aku cuma punya dua tiga detik untuk bermimpi. Tak lama.
Selamat malam semua!
.
.
.
Update:
Tak lama bukan?Cuma dua tiga detik.
Selamat Pagi!

Thursday, October 6, 2011

1955-2011

“Your Time is Limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma - which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” | Steve Jobs (1955 - 2011)
.
.
Sedikit terasa dengan kehilangan ini. =(
Rest in Peace

Wednesday, October 5, 2011

Big idea?

Big? Big lah sangat. Tengah kering ni bai...