Friday, April 29, 2011

Sukan

Lari laju lagi!! Jangan pandang belakang! Dia dah dekat! Dah nak potong awak! Cepat lagi! Cepat lagi! Lajuuu!!! Lajuu!!!!!

Yeahhhh!!!
.
.
Padahal lawan jauh ketinggalan kat belakang..Hehehe!

Monday, April 25, 2011

Baby Face

Ni betul2 punya cerita. Bukan boleh buat main2 ni..Ingat dalam 2 3 hari dah boleh tumbuh panjang balik? Gila punya kerja...
Tapi sekurang2nya ini keputusan aku. Jangan ada rasa kesal. Lagi pun bila dah tengok 2 3 kali dalam cermin, pusing kanan kiri, comel jugak aku buat rambut camni. Hahahaha!

Saturday, April 23, 2011

Selera Hujung Minggu

Ngengada layan KFC..Lama juga rasanya aku tak pergi makan KFC. Bukan sedap sangat pun. Sekali skala tu ok laa..Kulit ayam dia tip top! =)

Thursday, April 21, 2011

Sunday, April 17, 2011

Rutin Hujung Minggu

Hujung Minggu..
Bangkit jam 11...
Pekena roti bakar + fresh orange..
Baring2 depan TV...
Layan Jalan2 Cari Makan..
Qi memang siot...
Buat aku laparrr....

Tuesday, April 12, 2011

The King of Limbs - Ulasan Peribadi

Setelah lama berdiam diri selepas In Rainbow, akhirnya tahun 2011 Radiohead keluar dengan album studio kelapan mereka The King of Limbs.

Ok,secara peribadi, aku agak sedikit kecewa dengan album ini. Mungkin terlalu mengharapkan lagu2 mereka kembali kepada format Ok Computer. Paling tidak pun Hail To The Theif. Mengambil masa yang agak lama juga untuk menghadam lagu2 yang terkandung dalam album ini. Seperti mula2 mendengar Kid A atau Amnesiac. Sarat dengan bunyi-bunyian efek, elektronik, sampler.

Mendengar sahaja track pertama dalam album ini, automatik aku terus membayangkan soundtrack Bodysong dari Jonny Greenwood. Mungkin bagi sesiapa yang tidak biasa dengan muzik pelik Radiohead, akan kata ‘eh, lagu apa ni bunyi camgini…’ Begitulah seterusnya dengan track kedua sehingga track ke empat. Bagi aku lebih sesuai untuk album solo Thom Yorke. Sekali lagi, pendapat peribadi.

Nasib baik Lotus Flower mengubat sedikit kekecewaan untuk album ini. Walaupun masih lagi dengan bunyian serta beat2 pelik. Cuma kali ni dapat diselamatkan dengan melodi tipikal Thom Yorke. Dah tengok klip video lagu ni? Ermm..malas nak komen, tengok sendiri..Hahaha!

Codex..Lagu berentak perlahan. Dimulakan dengan piano bertempo ‘Radiohead’. Membawa kita kembali ke era Amnesia secara am. Sangat layan dan mengkhayalkan. Ditambah lagi dengan kedamaian bunyi2 burung pada akhir lagu. Antara lagu fav dalam album ni.

Give Up The Ghost. Masih lagi lagu berentak perlahan. Bunyi2 burung pada akhir lagu sebelumnya terus disambung masuk ke dalam lagu ni. Walaupun bagi aku agak sedikit mendatar pada susunan lagu. Sampai tertidur jugalah 2 3 kali..Hahaha! Cuma kali ni vokal Thom Yorke membuat aku sedikit melayang. Cuma tak berapa nak tinggi sebab terus terlena. Sekurang2 ada juga sound bersih gitar untuk album ni. Next!

Separator. Sesuai sangat lah lagu ni untuk track terakhir. Drum loop dari mula lagu sampai habis, sama. Kurang menarik. Mungkin kena mengambil sedikit dos ubat-ubatan untuk melayan lagu sebegini. Hahaha!

Ok. Selesai lapan lagu. Ya,cuma lapan lagu untuk album ini. Lapan lagu yang…entah. Mungkin terlalu abstrak untuk dinilai secara terperinci. Lupakan sahaja cerita ‘Creep’ mereka 20 tahun yang lalu. Bagi pendengar tegar Radiohead yang mungkin sudah biasa dengan muzik sebegini faham apa yang aku maksudkan. Radiohead tetap dengan cara mereka. Secara peribadi aku bagi 3 setengah bintang untuk The King of Limbs.
.
.
Toink! Toink! Toink!!

***All image : Google Search

Sunday, April 10, 2011

Monday, April 4, 2011

Off!

Dari minggu lepas ada sikit serabut. Banyak benda kena settle. Kerja tertangguh makin berlambak dikala aku semkin hari makin kuat berkhayal. Bini pulak kurang sihat. Terpaksa hantar Hariz ke kampung. Bagi nenek jaga buat sementara waktu. Harap lepas ni semua ok...
.
.
Blog Off!