Friday, February 25, 2011

Tips: Syok Sendiri!

Ok! Pasal tutorial tu, biarlah bagi masa aku fikir dulu nak buat macam mana. Bukan lokek ilmu. Cuma tak tahu nak mulakan dari mana. Risau juga kalau2 bagi ajaran sesat. Sebab apa yang aku buat selama ni pun pakai belasah jer..Aku tak pernah ambik kursus formal atau join mana2 workshop fotografi setakat ni. Sekadar membaca dan tanya kawan-kawan. Selebihnya explore sendiri. **youtube/blog**

Mungkin lebih mudah kalau aku share kan sedikit tips. Tak kira lah aku nak bagi tips apa pun. Yang penting aku kongsi. Cuma, sebelum tu awal2 aku nak bagitahu, tips yang akan aku bagi ni semua ikut kepala aku sendiri. Kalau ada yang sama dengan tips2 lain yang pernah korang baca kat mana2, kira kebetulan lah tu. Siapa2 yang nak ikut, go on..Tak nak, abaikan..

Ok,kita teruskan…

Yang pertama, dalam fotografi, kau kena ada perasaan ‘syok sendiri’. Ya! Syok Sendiri..Tak payah baca ulang2 kali. Sangat penting dalam apa2 bidang sekali pun aku rasa. Cuma perasaan tu kau pandai2 lah kawal. Jangan berlebih sudah. Cukup untuk bekalan diri kau sendiri. Tak payah nak tunjuk kat semua orang. Aku percaya tak semua orang suka. Dia lebih kurang macam ni laa..Kau kena hargai dan 'kena suka' hasil karya kau sendiri dulu sebelum bagi orang lain judge karya kau. Mudah bukan? Tapi jangan pulak kau melenting lebih bila ada yang tak suka. Yang penting kau suka. Dah nama pun syok sendiri..Kan,kan,kan…

Maknanya bila perasaan syok sendiri tu dah ada dalam diri, kau nak menghasilkan sesuatu karya tu pun dia punya feel rasa lain macam sikit. Lagi2 bila kau dah tengok hasil dia. Kau renung dalam2, pejam mata, tarikh nafas…fuhhh.Mahu dekat sejam jugak nak adjust lubang hidung tu bagi kempis balik..haha! Ok..itu over...

Sebelum perasaan syok sendiri tu datang, baik aku berhenti sampai sini dulu. Mungkin kita boleh jumpa lagi dalam segment tips yang akan datang. Siapa2 yang nak tambah atau nak tolak apa yang aku bagi ni, dipersilakan…Terbuka. Bukan semua aku cakap ni betul. Sebarang pertanyaan boleh kemukakan diruangan komen. Kalau boleh aku jawab, aku jawab.. Sila-sila….
.
.
Tips syok sendiri!

Monday, February 21, 2011

Cerita pasal kucing pulak dah....

Pupuslah kucing2 kat rumah aku. Tadi petang seekor RIP. Tinggal lagi seekor. Kesian, tak ada dah geng nak buat huru hara kat rumah lepas ni.
.
.

Thursday, February 17, 2011

1,2,3 mula...

Sejak akhir2 ini aku jarang update blog..Setiap hari bukak blog, belek2 posting lama, jengok blog kawan2 dan bukan kawan. Untuk mendapatkan cerita, nak kembangkan idea(konon2nya) yang makin lama makin tak berkembang. Mana tahu boleh dijadikan sumber idea. Nak ambik periksa SPM dulu pun aku tak setekun ini. Tidur lewat malam baca sampai lebam. Tengok,betapa aku bagi seluruh komitmen untuk blog ini. ** Tarik nafas dalam2, hembusss...

Walaupun bagi aku, aku tak perlu nak becerita, membebel panjang lebar dalam blog, cukup sekadar letak gambar2, sebab memang itu tujuan asal blog ni. Blog bergambar…Tapi sekarang aku rasa tak lengkap kalau tak menulis. Aku kena menulis. Aku jadi ketagih nak menulis. Begetar satu badan kalau sehari tak menulis.. Serius tipu!

Seiring dengan minat aku dalam bidang fotografi (tu dia ayat..), pernah juga terfikir untuk buat tutorial pasal fotografi/photoshop letak dalam blog ni. Maksud aku tutorial bukan untuk golongan yang terlalu advance..Habis tidak pun yang 2x5 sama dengan aku. Tutorial asas cara nak touch up gambar bagi nampak lagi menawan (pada pandangan aku). Sekurang2nya dengan cara tu aku boleh refresh balik otak aku ni. Yelah,lama tak buat aku sendiri pun boleh jadi lupa..Betul tak? Ilmu ni orang kata makin banyak kita kongsi, makin banyak dia masuk..Ingat betul2 tu ye adik2…

Bila fikir2 balik, layak ke aku nak bagi tutorial? Ilmu masih tak seberapa.Ntah berapa kerat je teknik2 yang aku tahu. Apa sangat la teknik2 basic yang aku rasa semua bbudak fotografi pun tahu. Bila2 boleh search kat google, youtube..berlambak tutorial..Itu pun kalau rajin laa.. Rasanya aku sendiri pun masih ketandusan tutorial..Tapi macam aku kata tadi, makin banyak kongsi,makin banyak masuk…Harap lepas aku kongsi segala ilmu yang aku ada, aku dapat lebih dari apa yang aku ada sekarang. Hehehe…Bijak bestari bukan?

Persoalan seterusnya…
.
.
Nak mula dari mana?

Tuesday, February 15, 2011

Melecet sikit dah kecoh..

Tak tahu macam mana cekalnya nabi dan para sahabat kita dulu...

Ni baru berarak pusing satu kampung dah semput. Penganjur siap jamu makan minum lagi sebelum dan selepas berarak..Ada yang tapau lagi bawak balik, termasuk aku..
.
.
Salam Maulidur Rasul..

Friday, February 11, 2011

Wad 303

Isnin petang Hariz masuk wad. Sebab ada sikit masalah dengan Hariz punya tekak. Doktor kata tonsil bengkak. Aku tak tahu besar mana dia punya bengkak. Yang pasti Hariz jadi susah nak bernafas. Semput. Pada mulanya aku ingat kena asma..Aku silap! Ilmu kedoktoran aku tak sampai tahap tu.Hehehe....
So far, selepas lima hari empat malam, hari ni Hariz dah boleh keluar. Lega..Sepanjang tempoh tu tidur tak menentu. Sebelum subuh dah kena bangun ulang alik ke hospital. Aku tak faham kenapa waktu melawat diaorang bagi pukul 6.30 pagi sampai pukul 7.00pagi..Nak tak nak kena ikut..
Alhamdulillah, Hariz dah makin sihat..Juga banyak benda yang dia belajar sepanjang dalam wad.Termasuk mengorat awek2 nurse......
.
.
Anak Bapak!
Hehehe.....

Sunday, February 6, 2011

Pitlining?

Sudahhh...Brader ni dah bukak satu blog. Baru release hari ni..Punya semangat sampai post 8 entri sekali gus. Cerita macam-macam. Malas nak cerita panjang.Singgah & follow kalau berani. Jangan tengok layout corak karewang segala korang terpedaya. Aku kenal sangat brader ni. Jadi, jangan macam2..
.
.
Kahkahkahakah...

p/s : gambar tiada kaitan dengan blogger..=)

Friday, February 4, 2011

Gambarajah 1.3

Sebenarnya masih tidak punya idea untuk menulis. Lagipun aku bukan pandai sangat dalam penulisan. Cuma kadang2 teringin juga untuk mencuba. Kata orang tak salah mencuba.Kalau tak dicungkil bakat tu,kita tak tahu..Cehh! Eh, bukan pula maksud aku letak gambar banyak2 dalam blog ni aku pakar dalam photography..Sekadar untuk berkongsi minat selain daripada mengumpul stem!
.
.
Peace!