Wednesday, February 25, 2009

Siapa Suka Bola??? Angkat Tangan!!!(aku tak nak angkat tangan sbb aku tak minat)



Halluuu...selamat kembali setelah agak lama juga menyepi kerana kesibukan yang dialami sampai aku sendiri tak tahu bila ianya akan berakhir.Cewahhh...Ayat baik punyaaa..

Entri kali ni kita sembang pasal bola.Bukan bola keranjang,bukan juga bola ping pong.Bola lisut jauh sekali,tapi bola sepak.Korang minat bola?Ermm..Soalan yang agak subjektif kan..Sebab apa?Sebab ada orang tu yang betul2 minat main bola..dan ada yang langsung tak reti main bola tapi minat tengok orang main bola tak kira lah samada kat tv atau pun secara live.Tak kesah lah kan,,janji minat..

Aku?Aku nak kata minat tu,,takde lah jugak...Nak kat tak minat,skali skala layan gak.Tapi takdelah mengikuti perkembangan sangat.Lain le musim piala dunia..Haaa..Yang tu aku ada la follow ckit2..Main bola?Aku tak suka main bola..semput siot! Kalau setakat main game Winning Elevent tu,boleh laaa...hehehe!! Tu kire minat bola gak ke?

Tapi,semenjak kebelakangan ni org asyik dok bcerita pasal kemerosotan bola sepak di Malaysia.Ye ke?Ahhhh...aku pun tak berapa nak tahu pasal ni sebenarnya.Merosot tak merosot aku tengok sama je.(Sah tak mengikuti perkembangan) Hehehe..Cuma takdelah semeriah dulu..Aku rasa laa...

Dan hari ni tadi kebetulan aku mengajar Bahasa Melayu darjah 3 bab Faedah Bersukan iaitu Bola Sepak..Seperti biasa,standard seorang guru mesti tanya soalan ni bila nak mulakan satu2 topik..”ada sapa2 yang minat main bola???”

Aku tengok semua angkat tangan termasuk yang pompuan..Hehehehe! Yang hyper sikit siap angkat dua belah tangan sambil berdiri atas kerusi menunjukkan yang dia tu betul2 minat bola..

Pastu aku tanya lagi..”Dalam banyak2 pasukan,pasukan mana yang awak semua suka???” Dan masa ni lah aku dengar macam2 jawapan dari diaorang..

“Manchester United! Manchester City! Liverpool! Chelsea! Real Madrid!
Everton! Brazil! Prancis! England!” dan macam2 lagi jawapan dari diaorang,sampai ada yang bagi jawapan Negro! Ada ke pasukan Negro?hehehe...Ntah aku pun tak tau. Fuh,punyalah semangat diaorang bagi jawapan.Maknanya diaorang lebih tahu pasal bola daripada aku..Huhuhuhu.Tapi,takde sorang pun yang sebut pasukan Malaysia.Haaa...kat sini timbul persoalan kan?

Aku tanya balik,kenapa tak ada yang minat pasukan Malaysia??Ini jawapan/komen mereka...

Pelajar 1 :
Penjaga gol tak cekap cikgu...Bola masuk bawah kangkang! (pastu gelak ramai2..)

Pelajar 2 :
Mereka tak pandai main mcm Manchester United cikgu..( ingat MU je ke yg pandai main..Ni mst fanatik MU.)

Pelajar 3 :
Tak ada disiplin..selalu tidak turun berlatih.(jawapan skema budak pompuan)

Pelajar 4 :
Mereka isap dadah cikgu..pastu mereka merokok!(pepandai jer budak ni)

Pelajar 5 ( pelajar yg angkat 2 belah tgn sambil berdiri atas kerusi tadi) :
Bila mereka passing bola, tak cun cikgu..”Tak cun??” Mereka passing dengan pasukan lain...(ooo..baru aku faham..maksud dia hantaran bola tak tepat..)

Pelajar 6 :
Tak ramai orang tengok cikgu..Kalau orang putih,penonton ada conteng2 muka..(hehehe....)

Haaa...bagi pmain2,pminat2,pngikut2 bola sepak di Malaysia dan yg sewaktu dengan nya,tu semua adalah sedikit komen yang diberikan oleh bbudak darjah 3(9tahun) bila ditanya kenapa diaorang tak suka pasukan bola sepak Malaysia.Jujur dan ikhlas dari hati kanak2 9tahun yang orang kata masih bersih dan diketahui sukar untuk menipu..Mereka akan sebut / cakap apa yang dilihat dan didengar..

Tapi, last2..aku bagi le nasihat kat diaorang supaya sentiasa cintakan negara Malaysia..Tak kira lah dari aspek budaya ataupun mana2 bidang sekali pun..Yang penting sokong dan terus sokong! Aku pun kena lah sokong gak..hehehe..

Semua angguk2 diam dan memandang aku dengan rasa tak puas hati...Dan telinga aku sempat lagi menangkap bunyi diorang bbisik kat belakang...”aku sokong Manchester United..” Hehehehe..
Ermmm...tak bleh nak cakap apa...Budak2...

Chow!

Monday, February 16, 2009

Busy body!!!

Assalamualaikum...
Sori sbb lamak dah tak update blog.Sejak kebelakangan ni aku agak sibuk dgn pelbagai urusan.Hari jumaat minggu lepas aku balit kampung sbb ada majlis ptunangan adik aku pada hari sabtu 14/02/2009.Pastu pagi ahad plak kena balik sekolah balik sbb ada meeting.Fuhh...Memang tak habis2 meeting le skolah ktaorng tahun ni.Tahun meeting kot..
Ni pun kire aku singgah2 kejap je blog.Saje nak tengok perkembangan terbaru kawan2..Banyak gak crita sepanjang 2 hari tak menjengok blog ni.Ada berita gembira, berita sedih..berita kematian pun ada..Oh ya..Sebelum tu sama2lah kita sedekah kan Al-Fatihah untuk ayahanda kepada salah seorang sahabat yang baru sahaja  kembali kerahmatullah pada 14/02/2009 yang lalu...Semoga roh nya dicucuri rahmat..Amin...

Kepada yang baru sahaja menimang cahaya mata, tahniah di ucapkan.Tahun depan tambah sorng lagi ek..hehehe!! Diharapkan agar menjadi seorang ayah yang mithali...Pasni boleh tubuhkan kelab blog bapak2 seMalaysia plak..Hahahaha!!

Oklah,,rasanya aku dah nak blah ni..Apa2hal,skali lagi aku mintak maaf banyak2 k..Busy...busy...busy..busy body!!!! hahaha...

Chow!!




Sunday, February 8, 2009

Why So Serious???

Ni satu lagi entry serius dari aku..
Pernah tak korang mengalami situasi seperti ini, dimana korang berasa marah/geram/kesal pada diri sendiri kerana tak dapat menahan diri dari ketawa.Lebih-lebih lagi pada masa tu korang sepatutnya tak patut ketawa..Eh,betul ke ayat aku ni?..Ahhh..lantak lah..
Ok..Apa-apahal pun, korang tengok dulu video kat bawah ni,pastu baru komen k..Mungkin ada sesetengah dari korang pernah tengok video ni.
Oh ya,,sebelum korang click butang play tu,pastikan korang dalam keadaan tenang, serius, dan kosongkan fikiran korang dari mana-mana anasir asing.hehehe..Dan yang paling penting cuba keraskan otot-otot pipi korang.Tarik nafas pelan-pelan...Hembuss...

Selamat Menonton & Komen!!! (p/s : sampai habis k..)
Serius...serius...
Hehehehe...

Chow!!


Friday, February 6, 2009

PENGORBANAN

Photo Copyright Amal 2006

Pengorbanan?
Adakah kita sedar akan pengorbanan seseorang kepada kita?
Atau pun kita sengaja buat-buat tak sedar..
Ya,kadang-kadang dan selalunya kita tidak sedar bahawa seseorang itu telah bekorban segala-galanya untuk diri kita.
Dan pastinya kita juga pernah melakukan pengorbanan kepada seseorng namun seseorang itu pula yang tidak menyedari akan pengorbanan yang kita lakukan.
Cukup sedih jika hakikat ini terus berlaku..

Eh,kenapa aku serius sangat ni?Mesti!!..Hal ini aku rasa bukan boleh dibuat main-main..

Siapa yang sanggup berkorban apa saja untuk anda?Takda?Fikir balik...Mesti ada..(maksud aku selain ayah ibu)Mungkin berada di sekeliling anda..

Chow!!

Thursday, February 5, 2009

ADA APA DENGAN NAMA???


Hari ni seperti biasa aku sibuk ngan kerja2 aku.Lebih kurang hampir sbulan lebih jugak aku “tertidur”,sedar2 je banyak dah kerja2 aku tertangguh.Mula la kelam kabut..Minggu depan bbudak dah nak exam tp kertas ujian satu haram tak siap lagi..Serabut gak kepala mencari buku2 untuk rujukan.Dlm masa tu nasib baik le sorang kawan(pompuan) ofer pinjamkan buku rujukan dia.Boleh lah..lega...

Aku belek2lah buku & aku nampak kat cover buku tu tertulis nama kawan aku tu tadi.(mestilah tulis nama dia,tak kan nama aku plak). Tapi yang menarik perhatian aku nama yang tertulis kat bawah nama dia..Apa yg di tulis?Nama gabungan dia ngan laki dia...Aku tak kesah pun sebenarnya.Hak dia kan...hehehe..Dia cakap ‘biasala,,,romantik walaupun dah beranak sorang’(yg sorang lagi on the way)...Fuh! Respect2...

Aku tanya dia balik buku ni dia beli zaman bila??..Ermmm,,kira punya kira, buku tu dia beli masa dia belum kawen lagi rupanya...kekekeke!! Kantoi2....Tapi takpe,masing2 ada cara masing.Tu smua kenangan kalau diingat2 balik mst best..kan..kan...kan....

Sebut pasal kenangan ni,dulu aku masa bcinta tak pernah plak main gabung2kan nama aku ngan awek aku..hehehe..Cuma skarang ni aku suka gabungkan nama aku ngan anak aku..erol + nukman = erolnukman.Itu pun untuk blog ni..Tu je lah..Dan aku rasa nama aku skarang ni pun gabungan antara nama bapak + mak aku..Hairulhaswandi..Affandi + Hasmah = Haswandi..Aku rasa laaa...kan?Kalau camtu pasni aku kena lah carik nama gabungan aku ngan bini aku..Boleh bubuh nama tu kat anak kedua aku nanti..Hahahaha!

Tapi zaman2 sekolah dulu selalu jugaklah tengok nama gabungan ni tertulis kat meja, kerusi, locker, papan tulis...Kena ngan mat bunga yg lebih hardcore siap ukir nama kat tangan guna pisau tu.Fuuuh..Punya ‘indahnya’ bcinta.Sanggup buat apa saja..Bila putus cinta plak mula lah buat keja yg bukan2.Antara yang paling femes...Hisap rokok! Ada yang ponteng kelas.Buat2 keputusan ujian merosot.Baru le nampak cam watak utama ckit.hehehe...Benda2 lain tu aku malas nak crita..Lagipun korang mesti pernah jumpa lebih lagi ragam2 seprti yg dimaksudkan.Ataupun korang sendiri yang mengalami ragam2 tu..Betul tak?Baguss...Mengaku...Hehehehe..

Ni ada beberapa contoh nama gabungan...

Minah + Ali = Minali

Irwan + Ratu = One two

Faizal + Mahani = Faihani

Ezal + Mazyana = Ezalyana

Salmiah + Mansor = Salman

Abu + Ani + Siti = Sibuni
( Abu yg ada 2 org awek )

Nama2 di atas adalah rekaan semata-mata.Tu yg tak berapa nak kreatif & romantif tu..hehehe..Takde kena mengena dgn yg idup mahupun yg dah mninggal.Kalau ada persamaan, tu namanya kebetulannnnnn...

Chow!!