Monday, December 31, 2012

2013

Semoga semua lebih baik dari tahun sebelumnya.Aminnn...

Tuesday, September 11, 2012

Blogwalking

Ok.Malam ni try walking sejauh mungkin.
Ready?

Go!

Monday, September 10, 2012

hi blog

Banyak cerita. Kena start dari mula balik. Masih dalam mood raya. Persilakan gambar raya. Jyeahhh!! Gambar lain esok2..

Monday, July 9, 2012

Rumahku Sorgaku

SET 1
Gambar diambil sekitar bulan Oktober 2009. Saja melawat tapak projek. Melihat perkembangan orang kata. Takda lah terlalu excited masa ni. Cukup2 rasa. Oh ya, masa tu beli dalam 190k. Hutang!!

SET 2
Haaa..yang ini 70% siap. Gambar diambil Oktober 2010. Ya, sangat lambat sampai aku naik bosan nak follow perkembangan dia. Kira tak menepati janji lah ni. Alasan pemaju, ramai pekerja dia buat projek bina rumah sarang burung. Puihhh!..Sampai aku 2 3 kali pergi serang ofis bertekak hentak2 meja. Mintak ganti rugi. Ok,tu gua tipu..

SET 3
Ok. Tarikh gambar ni diambil 21 Disember 2011. Sepatut rumah dah siap awal. Terlewat memandangkan ada sedikit penambahan dalaman. Juga kekangan masa dan kewangan. Bernasib baik juga mempunyai seorang akauntan merangkap bini yg bijak menguruskan keluar masuk wang. Ok, masa ni sangat excited nak tinggal rumah baru walaupun banyak benda lagi yang kurang nak kena isi dalam rumah tu. Tapi, bila fikir2 balik sampai bila2 pun tak akan cukup. Dengan mengambil kira 'guna sahaja apa yang ada' kita orang pun ambik keputusan pindah masuk bulan Mac 2012. Alhamdulillah...

SET 4
Abaikan flyers dalam gambar kat atas. Benda dah lalu..Saja upload kasi sama2 layan. (Gambar makan2 masa OpeningCeremony tu aku takda. Penat baru balik buat wedding job. Tak dan nak ambik gambar) So, sekarang aku anak beranak dah tinggal kat rumah tu. Seronok jugalah bila dah ada rumah sendiri ni. Walau tak sebesar mana pun. Rumah teres dua tengkat jerrr. Dalam pun kosong lagi..Bolehlah tempat berteduh dari hujan dan panas. Ahaks! Raya nanti jemputlah ke rumah ye...

Selamat Hari Raye...

Tuesday, July 3, 2012

Bila Senang Kau Lupa - Manusia

Aku sepatutnya tak patut buat macam ni. Blog lama terabai. Kesian kat dia. Aku jarang berpaling kasih sebenarnya. Curang jauh sekali. Ni semua salah instagram...Salah instagram! Tp aku tak nafi instagram lagi enak tempat berkongsi gambar. Mudah! (Memandangkan blog ni memang byk gambar daripada membebel) Yalah dengan instagram tengah mandi berak semua pun boleh upload gambar. Cuma aku tak try buat lagi laaa..Tengok la esok2 macamana.

Apa2pun aku tetap sayang blog ni. Mana boleh main2 tinggal macam tu je. Ada masa aku singgah, aku singgah. Update apa2 yg patut. Taruk sekeping dua gambar. Ok? Jangan merajuk2 ye blog...

See u!

Wednesday, May 23, 2012

Gambarajah 3.1 - Instagram #5

Tengah semangat nak update. Cuma tak ada benda nak tulis. Cerita hari-hari sama. Bosan. Tak apa,koman2 ada juga gambar nak kongsi.
Apa?Gambar pun bosan? Ahhh..lantak pi laaa...
Nah!

Monday, May 21, 2012

Kedua

Huh! Semangat post 2 teruih! Lupa nak habaq minggu depan start cuti wey..Hatni aku suka jd cikgu. Kehkehkeh!

Entri Panjang Berjela

Sepatutnya entri ni sangat panjang. Tak apa. Aku tolong pendek kan. Panjang2 pun sapa nak baca.


2012 sangat pantas. Ok bai!

Wednesday, May 9, 2012

Gambarajah 3.0 - Instagram #4

Ok. Tiada kaitan dengan Bersih 3.0. Sekadar kebetulan..Sensitif sangat kau dengan angka 3.0 ni kan? Ermm..abaikan.. =)

So, masih lagi dengan gambar-gambar instagram. Yang aku kira boleh dikatakan tangah musim sekarang ni. Walaupun mungkin bagi iOS user benda ni dah lama. Tapi aku rasa bagus jugalah bila Android pun dah masuk sekali. Meriah sikit.

Kalau nak lagi meriah, jom lah lepak kat instagram-erolnukman..Kita bermesra-mesraan di sana.Tak follow pun tak pa. Nak follow lagi bagus. Nanti I follow you balik..Hahaha!

Tuesday, May 8, 2012

Bukan Mobile Update

Sepatutnya entri ni aku update guna talipon. Yelah, akhir2 ni jarang sungguh surf guna laptop. Jadi dari semalam cuba sampai sekarang tak berapa nak sukses. Masalah sampai bila nak upload gambar. Baru sekejap tadi pun masih meneruskan baki2 usaha dan..ternyata aku tewas. Hehehe! Last2 buang segala ego. Bukak laptop. Update. Upload. Settle!

So..apa khabar teman2? Rindu sama yu olls...hehehe!

Wednesday, May 2, 2012

Hai!

Ermm.. Rindu!

Thursday, April 12, 2012

Friday, March 30, 2012

Sunday, March 25, 2012

Empat Tahun Laaa...

Happy Birthday my hero! =)

Thursday, March 22, 2012

Hairul + Ina - 10th Marc 2012

Alhamdulillah...selesai semua.
Buat pasangan pengantin, tahniah! Semoga berbahagia hendaknya..