Thursday, December 30, 2010

20102011

2010…Tak tahu nak mula cerita kat mana. Pusing kanan pusing kira, atas bawah, depan belakang masih tak jumpa. Senang cerita 2010 sangat complicated! Kurang menarik kalau tak diceritakan secara detail. Paling tidak pun dibuat satu buku atau telemovie. Baru lagi WOW!

Ringkasnya semua berlaku dengan baik dan sangat baik. Kerana memang itu yang aku harapkan setiap tahun. Memperbaiki segala apa sahaja yang masih kurang baik. Dan jika ditanya pula ‘apa aku punya azam untuk tahun 2011?’ Jawapannya tetap sama. Memperbaiki apa2 sahaja yang masih kurang baik agar lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Tidak kira dari sudut mana. Sebagai seorang hamba Nya, sebagai anak, suami, ayah, abang, ketua, kuli, sahabat dan sebagainya..
Walaupun bagi aku 2010 bukanlah tahun yang sangat baik berbanding tahun sebelumnya, dalam soal kerja. Namun dari sudut lain, semua berjalan lancar dan aku sangat senang melalui nya.

Soal duit? Bersyukur rezeki banyak masuk dalam tahun ini. Lumrah, banyak masuk, banyak jugalah keluarnya. Keluar ke mana? Tu kita tak tahu..Haha! Jadi, aku perlu perbaiki dalam pengurusan kewangan untuk tahun depan. Setidak2nya sekarang aku punya penasihat merangkap isteri tercinta. Cuma kadang2 penasihat juga perlukan seorang penasihat. Faham2 je lah..

2011…Macam aku kata mula2 tadi. Aku tidak meletak azam yang terlalu tinggi. Cukup sekadar buat yang terbaik dan termampu. Nak paksa2 pun tak guna. Mungkin bunyi sedikit loser. Tapi sekurang2 aku tidak membebankan kepala otak aku dengan azam yang bukan2. Last2 haram tak buat.

Oh ya, semalam ada sedikit jiwa patriotik dalam diri bila tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Jarang aku rasa macam ni. Lebih2 lagi bila pasal bola sepak Malaysia. Mungkin satu permulaan yang baik untuk tahun 2011…InsyaAllah...
.
.
2010 anda bagaimana?

Monday, December 27, 2010

Entri Angkuh!

Lama tak update. Masih dalam proses menghabis sisa2 cuti. Hari ini baru berpeluang online. Itu pun menumpang kasih wifi free di kedai makan. Lagipun tak banyak gambar untuk dikongsi. Aku jarang usung kamera sana sini dah sekarang. Apa guna handphone kamera canggih manggih kalau tak guna. Hahaha! Lupakan saja pasal iphone 4 dan gigi biru dia. Jodoh aku sama dia tak panjang.
Jadi, gambar2 kat atas semua aku ambik guna kamera phone canggih baru aku. Terasa sikit riak..Tapi,well....Hahaha! Kualiti pastinya kurang, noise sana sini. Photoshop masih mampu untuk menutup segala kekurangan.

Dah2..aku nak blah, sebelum aku bertambah angkuh dan sombong!
Kahkahkahkah!!

Thursday, December 16, 2010

iPhone4 & Gigi Biru

Harap ada siapa2 boleh bantu aku utk selesaikan masalah ni? Puas on off on off bluetooth pada iphone tp tetap tak bleh jalan. Sapa yg betul2 bleh bantu,msg aku.019-8399407.. Sekali lagi yg betul2 BOLEH BANTU! Segera, sebelum aku hantar balik iphone ni. Teknologi sangat pun payah kalau tak reti guna.

Sekian.....
.
.
Buta Teknologi!

Sunday, December 12, 2010

KK & Rock Kangkang

Korang memang liar! Ni baru rock kental...Hahaha!

Saturday, December 11, 2010

KK

Gambar2 yang termampu dimuat naik dalam kondisi talian internet kurang menentu. Ni pun dah makan masa dekat satu jam nak settle.
Trip ke KK kali ni tidaklah sehebat trip tahun lepas. Bukan tak seronok, cuma agak biasa. 70% masa banyak dihabiskan di pusat hiburan.....kanak2. Trip untuk ke pulau2 pun terpaksa dibatalkan atas sebab cuaca dan keadaan laut yang agak merbahaya. Aku tak nak tanggung risiko.
Jadi kurang koleksi gambar yang awal2 sudah dalam perancangan. Agak sedikit ke kecewa. Tapi tak apa. Sekurang2 petang tadi aku keluar sorang2,shoot beberapa footage video. Plan B..Harap esok dapat footage2 yang lagi menarik sebelum berangkat pulang lusa..
.
.
Selamat Malam!

Friday, December 10, 2010

Line kurang upaya

Asal masa cuti, balik kampung, gua jarang online. Gua faham rumah kat kampung takda internet. Jadi dengan sedikit usaha gua turun pekan lepak kedai makan yg punya free wifi.Kalau dah selalu makna kena banyak usaha jugaklah jadinya. Sekali lagi gua akur...Lagi pun gua bukan jenis suka dok mlepak lama2 kat kedai makan.

Sekarang gua kat KK. Hotel tempat tinggal gua dari mula sampai hari tu line internet ok. Gua puas hati. Tapi tak tau apasal malam ni tiba2 meragam. Macam tau2 gua nak upload banyak gambar..Memang kasi potong stim betul! Hati gua jadi tak tentu hala nak publish post ni tanpa satu gambar pun..Celaka!
.
.
Esok2,kalau line ok gua taruk satu dua gambar kat entri ni..Baru nampak comel.Auwwww!!

(Gambar kat atas tu gua baru upload pagi ni.Tengok betapa bertanggungjawabnya gua pada blog gua ni..)

Wednesday, December 8, 2010

Amir + Ina

Kepada Ina dan Amir, semoga bahagia dan berkekalan hendaknya..Terima kasih banyak2 kerana sedaya upaya memberi kerjasama sepanjang sesi walaupun sangat2 pemalu..Tak pasal2 aku pun jadi pemalu sekali..Hehehe!
.
.
I pemalu tauuu.....=)

Sunday, December 5, 2010

Saif + Huzaimah (Random)

Banyak benda yang nak kena settle. Kerja belambak. Tapi aku sangat2 enjoy dengan kerja aku ni. Sampai makan minum tido tak menentu. Hari ni luang sikit masa bersama anak bini..Bawak jalan2. Lagi pun tujuan asal jalan2 ni pun atas urusan kerja..Heh!

Ni adalah sedikit gambar tugasan masa kat Spaoh hari tu. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hafiz Rosli selaku jurugambar kedua. Abang pengantin perempuan yang cool..hehe.Kakak(pun lupa nama) pengantin perempuan yang setia mengusung beg kamera aku sana sini.Juga akak Elfa Touch yg tetap vogue.(mun nak belaki klk padah awal.hahaha).Tak lupa pada aunty ntah aku lupa nak tanya nama,sebab sudi bagi kitaorang shoot kat kedai kopi antik dia. Sangat rare! Lu memang rock la aunty!!!...

Kepada pasangan pangantin..Album masih dalam proses pembikinan. Gambar berbulan madu tak nak ke?hehe..Sekali lagi terima kasih banyak2.Semoga bahagia hendaknya..Peace!
.
.
Esok Kota Kinabalu menunggu..