Wednesday, July 28, 2010

Terima Kasih Mamat Pro!



Kadang2 ke'bangang'an seseorang itu boleh mengembalikan semangat dan merasakan diri kita jauh lebih baik dari orang lain.Sebab apa aku kata macam tu?

Bila teringat seorang mamat(canon user)ni yang mengaku sudah 3 tahun menceburi bidang fotografi dengan slumber bagitahu aku lens 50mm f1.8 yg aku gunakan ialah lens macro! Cakap besar sial!...
.
.
Aku buat2 bodoh tanya dia pasal kamera Canon model yang mana satu full frame..Tanpa ragu2 beliau jawab 7D! Kepala hotak...Rasa macam nak ludah terus ke muka dia.Aku yang guna nikon ni pun tahu...

p/s: Post ini bukan niat nak membanding2kan mana2 jenama kamera.Cuma nak cerita pasal       mamat 'pro' yg telah memotivasikan aku.
.
.
Kini aku rasa lebih hebat!

Monday, July 26, 2010

BCF + Kosong








Tak tahu sejak kebelakangan ni semua shoot aku tak berapa nak menjadi.Sebelum shoot dalam otak dah plan macam2.Nak gambar jadi macam ni, jadi macam tu..Efek itu efek ini..Tapi bila dah pegang kamera..Pap!! Semua hilang...Langsung tak jumpa apa yang dicari..Hasil jadi kosong.Gambar ntah apa2.Nasib baik digital.Kalau kena dengan kamera filem sah2 rugi.


Pendek cerita,idea tak berkembang.Mungkin...Ataupun itu cuma alasan penyedap hati.Dan mungkin juga penyebab utama,aku ni kurang bergaul dengan golongan2 yang mempunyai minat yang sama.Dengan kata lain tiada rujukan lain melainkan dari internet atau majalah semata2.Sekali lagi itu sebagai alasan....


Dan dipendekkan lagi cerita daripada terus membebel memberi alasan..Aku sememangnya manusia yang tak kreatif dan mungkin tidak bebakat dalam bidang ini.Habis cerita.

.

.

Full Stop!

Monday, July 19, 2010

Kem Motivasi Dan Kesedaran 2010






























Ambik...upload secara pukal.Malas nak cakap banyak.Badan masih lagi terasa penat.Aku memerlukan motivasi untuk menyedarkan aku dari terus tidur...
.
.
Motivasi!

Wednesday, July 14, 2010

Hari ke-2 ditinggal bini & mama



Kalau setakat berkursus cara2 nak download video dari youtube,cara buat movie maker,buat email,akaun facebook dsbagainya boleh buat aku dan Hariz mengadap roti,jem,telur & Pringles hari2 baik tak payah.Aku boleh ajar kat rumah..
Nasib baik lah si Hariz tak berapa nak meragam carik mama dia..Cuma masa nak tido malam ada problem sikit.Masih dalam kawalan...
Aku??Ermmmm........
.
.
Dalam kawalan

Sunday, July 11, 2010

Random/Bukan Sesi Mengasah Bakat.



Dalam minggu ni seperti banyak perkara yang berlaku dan dalam banyak2 perkara itu aku dapat belajar banyak hal.Masa ni juga lah aku boleh jumpa perangai manusia yang pada aku selama ini aku tak ambil kisah langsung.Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, baru lah nak ambik port..Mula lah nak merungut sana sini.Padahal masalah tu puncanya dari diri sendiri.Susah sangat nak mengaku...Perangai manusia!
Kadang2 terfikir juga, bagaimana perasaan 'si kaki ampu' ni..Bodek sana bodek sini.Buat satu2 kerja semata2 nak ambik hati orang lain....Lepas tu ditambah dengan puji-pujian yang menggunung tinggi.Di belakang pulak cerita lain...Weh,,aku tak boleh.Dan aku pernah cuba buat...Tak menjadi.Rasa macam betul2 bodoh bila diingat2 balik.Buruk! 
Mungkin selepas ini aku kena belajar balik cara2 untuk menjadi kaki bodek/ampu sehingga boleh menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.Dan mungkin juga aku rasa bidang ini memerlukan bakat semula jadi dan aku baru nak memupuk bakat itu! Doakan semoga usaha aku ini berjaya..Hahaha..
Bercerita pasal bakat, dalam 2 3 ni aku telah berjumpa seorang lagi manusia berbakat.Berbakat dimata aku laaa...dimata korang aku tak tahu.Bukan dalam bidang yang aku sebut tadi,tapi dalam bidang fotografi.Manusia berbakat yang aku maksudkan Nono Fara. Serius aku suka hasil  gambar2 dia.(Eh,ni bukan aku saja2 puji untuk memupuk 'bakat' itu..Ni betul2 puji..) Kalau nak tengok gambar2 dia klik sini.Aku tahu dia punya banyak koleksi gambar2 yang cun & tak cun .Hehehehe..Tapi gabungan antara dua2 tu yang buat gambar2 dia nampak hebat.(Wahh,nampak bebakat jugak aku ni...Hehehe)..Sekali lagi, ini betul2..bukan cobaannnnn....
.
.
Peace!

Saturday, July 3, 2010

Orang lain demam aku pun nak demam...


Bila dua pasukan pilihan telah tersingkir, lepas ni kena call Astro, cancel kan channel sukan.Membazir bayar.Baik langgan MTV.Boleh layan klip video seksi Lady Gaga hari2.Aku bukan minat sukan sangat pon!..
.
.
Germany!

Friday, July 2, 2010

...................kosong

Sangat tiada modal untuk dikongsikan bersama.Bukan kehabisan tapi tak tahu bagaimana nak keluarkan.Mungkin faktor masa yang agak terhad untuk mengadap benda ni semua.Ditambah lagi dalam keadaan yang agak sibuk dan memerlukan seberapa banyak masa untuk merehatkan diri..Sangat perlu...
.
.
Memanglah penat,tapi macam mana nak buat!