Tuesday, June 29, 2010

Demam???

Masuk saja aku kelas tahun satu pagi tadi,semua budak berdiri bagi salam 'selamaattt pagiiiiii cikguuuuu..." kecuali sorang budak ni.Seakan tak mampu untuk berdiri.Kepala rebah longlai di atas meja.

Aku tanya kenapa?

Dia lemah..langsung tak boleh nak jawab soalan aku..Mata layu...

Sekali lagi aku tanya kenapa?

Dia terus diam seribu bahasa..
Simpati dengan keadaan itu,rakan2 lain menjawab sebagai wakil...
Dia demam cikgu...

Aku pergi dekat dengan budak tu...Pegang dahi..Ok.Tiada tanda2 demam..
Aku tanya balik...'Awak demam??'

Dia angguk...Mata layu..

Lepas tu aku tanya lagi...'ada tengok bola Brazil lawan Chile pukul 2 pagi tadi?'

Dia angguk...kali ni lebih segar sedikit dari anggukan tadi..

'Berapa gol?' aku menduga...

Tiga kosong...Brazil 3 Chile kosong...
.
.
Sah demam....

Thursday, June 24, 2010

Random #5 / Swimming pool




Ni kira antara gambar last masa cuti hari tu.Ya! Kitaorang kalau tak mandi sungai, mandi kat swimming pool.Biasalah..jakun...Bukan selalu jumpa air.Hahaha!
Cukup kena dengan cuaca hari ni..
.
.
Sejuk...

Wednesday, June 23, 2010

Random #4 / Bosan





Masih lagi gambar bercuti hari tu...Sampai kuching aku cuma sempat shot beberapa gambar sahaja.Masa banyak diluang melayan kerenah anak.
.
.
Tak puas!

Tuesday, June 22, 2010

Random #3 / Mandi sungai





.
.
Selsema teruk hari ni.

Monday, June 21, 2010

Random #2 / Model




Aku tak tahu berapa ribu gambar budak ni aku ambik...Tapi sikit pun aku tak pernah jemu.
.
.
Kena siapkan photobook cepat!

Sunday, June 20, 2010

Random #1 / Sarikei











Pekan kecil ini kadang2 jadi lawa bila dah masuk gambar...Semua gambar di atas aku ambik dari dalam kereta kecuali gambar pertama.

Mungkin salah satu sebab kenapa aku tak suka memandu.
.
.
Memandu sambil ambik gambar?Masuk dalam kesalahan undang2 tak?

Friday, June 18, 2010

Kemanisan Rumah ku...


Puas bercuti akhirnya hari ini baru sampai rumah..Harap 2 hari sebelum sekolah buka ni boleh lah rehat cukup2.Maaf sebab tak sempat nak balas komen kawan2.Esok aku ronda2 jengok2 blog korang satu2..
Malam ni malas nak layan bola..
.
.
Home sweet home!

Sunday, June 13, 2010

On The Way



Mungkin waktu ini aku tengah memandu di jalan atau lebuh raya sekitar borneo! Cuti lah katakan...
.
Pandu Cermat! 

Wednesday, June 2, 2010

Pasar Malam Sibu











Kalau ada siapa2 yang ke pasar malam sibu ni 5,6,7 tahun lepas dan kalau korang pergi sekarang...Sama! Tiada apa yang menarik..Cuma kepada yang malas nak masak untuk makan malam, boleh singgah sekejap..Lauk pauk belambak!
.
.
Malam yang Hangat!

Tuesday, June 1, 2010

Majlis Tepung Tawar Hazery & Nana + Khatam Al-Quran











Kepada pasangan pengantin....jaga pantang larang yang orang tua tu bagi tadi! Terutamanya kau Zeri.Hahahaha...
.
.
Semoga bahagia & kekal ke akhir hayat!