Saturday, November 27, 2010

Saif + Huzaimah = Akad Nikah

Ya,aku memang ambik 3 gambar ni sahaja..Esok sambung.
.
.
Idea?

Friday, November 26, 2010

Damai..

Sekadar satu gambar. Internet slow. Aku tengah duduk betapa dalam hutan!
.
.
Green Peace!

Friday, November 19, 2010

Penghabisan Stok

Cuti dah bermula. Esok dah nak balik kampung. Sepanjang cuti aku jarang update. Jadi ni antara stok2 gambar aku pada tahun ni. Kutip secara rawak. Mungkin ada Penghabisan Stok part 2 lepas ni..kalau rajin. Lagi pun 2010 tambah tolak masih berbaki lebih kurang sebulan lebih. Jadi masih sempat nak kumpul beratus2 stok baru.
.
.
Selamat Bercuti!

Tuesday, November 16, 2010

Lagi Sikit Lagi....

Kena settle kan sikit kerja lagi sebelum menutup tirai sekolah sesi 2010. Ni namanya perjuangan hingga titisan darah terakhir. Harap dapat bersabar untuk beberapa jam dengan sisa2 karenah 2010 ni.
.
.
Selamat Hari Raya Haji...

Saturday, November 13, 2010

Pesan Mak

Masa kecik2 dulu, aku masih ingat,aku dan adik aku tak berani nak tegur "eh,kesian nya orang tu..kerja berat tengah2 panas..." depan mak, bila tengok pekerja2 buruh kasar buat kerja2 berat tepi jalan,buat bangunan tengah2 panas. Comfirm aku & adik aku balik yang kena ceramah dengan mak aku. Suruh belajar rajin2 kalau tak nak kerja macam tu.Jadi, kita buat2 budoh je lah..Kejadian biasa berlaku dalam kereta.

Bersyukur sangat2 apa yang aku dah ada sekarang ni. Walaupun belajar nak kata rajin tu, takdelah sangat. Banyak hari jugak la monteng, dok lepak tak tentu hala kat pusat2 snooker, isap rokok kretek,sebatang kongsi dekat sepuluh orang. Paling tak pun, menyorok dalam tandas. Bodoh..Langsung tak cool..

Mungkin nasib lebih menyebelahi aku. Bukan nak kata kerja aku sekarang sudah cukup bagus. Apa sangatlah semua tu. Yang penting bagi aku, dengan kudrat yang ada pada aku, aku mampu untuk buat kerja2 aku sekarang. Paling berat pun angkat meja budak-budak. Berpanas bila mengajar PJ kat padang. Panas pagi apalah sangat..Bagi sihat adalah.

Tak boleh nak bayangkan aku angkat empat bijik tong gas tu sekali...Gila,boleh patah pinggang ramping gua! Hahahaha....
Kerja panjat menara tu lagi lah...Baru naik tingkat tiga sekolah,padang bawah pun dah gayat gila babi.Ni kan pula nak naik tiang menara.Lupakan saja!..

Masa aku darjah berapa ntah,aku dah lupa...Aku pernah bercita-cita nak jadi driver jentera penyedok tanah tu..Aku tak tahu nama betul dia apa.Dalam bahasa kampung aku,orang tua2 sebut KATO...Sangat tak bleh blah cita2 tu..
.
.
Cita2 korang?

Thursday, November 11, 2010

BUnga Bukan Sekuntum

Jarang-jarang aku publish gambar bunga. Ya,aku kurang berminat nak tangkap gambar bunga. Terlalu biasa..Tapi sekali sekala mencuba apa salahnya. Mungkin tak berapa lawa. Harap siapa2 yang pakar pasal bunga,boleh la kasi tunjuk ajar..

Aku suka colour bunga ni..tp bau dia busuk sikit.
.
.
Hati berbunga2...=)

Sunday, November 7, 2010

Selonggok gambar

Gambar aku ambik minggu lepas.Hari lain2.Semua gambar budak..Gambar mak bapak budak takde..Layan je lah...

Saturday, November 6, 2010

Talian sedang sibuk. Sila cuba sekali lagi!

Semenjak akhir2 ni,life jadi tersangat sibuk. Jadual harian/mingguan berubah2. Tak boleh nak plan cantik2. Ada saja kejutan2 tugas dari pejabat. Kursus sana sini. Meeting itu ini. Sampai kertas ujian bbudak pun tak sempat nak semak lagi.
.
.
Buat2 sibuk tido!