Wednesday, August 24, 2011

Cufutifi!

Esok dah mula cuti. Balik kampung.So, aku kena tinggalkan blog buat sementara waktu.
Kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti..Maaf Zahir Batin!
Peace...

Monday, August 22, 2011

Gambarajah 1.9 - Sigma 30mm f/1.4

Aku tahu lens ni sangat2 superb! Tapi kali ni aku lambat sikit nak dapatkan dia punya feel. Kurang pasti..Mungkin selepas raya. =)
.
.
Saksikan lahhh....

Monday, August 15, 2011

Bekas Makanan

Hai.Tiba-tiba terfikir nak sharekan apa yang ada dalam aku punya 'kotak kering' pada kamu semua. Bukan niat untuk menunjuk apa yang aku ada. Tidak ada yang hendak ditunjuk sangat pun aku kira. Lagi pun sebelum ini ada juga yang tanya aku guna kamera/lens jenis apa. Jadi semperna hari baik bulan baik ni, aku kasi tahu satu2 ekk...Tak banyak.

1. Body Nikon D90 + MB-D80 battery grip
- Ni lah satu2nya kamera aku. Tak ada kedua, ketiga jauh sekali. Bukan kamera pertama, tapi kamera kedua aku selepas D60. Seingat tukar dalam tahun 2009 selepas D60 aku jual pada sepupu. Aku beli sekali dengan battery grip. Untuk lebih grip dan kacak orang kata. Bukan aku kata ok. Dia punya spec aku malas nak cerita detail..Kau boleh search kat mana2. Banyak dia punya review..

2. Nikon 50mm f/1.8D AF
- Aku punya fav lens.Kecik,ringan,mudah,pantas.Hasil foto yang superb! Aku selalu guna untuk portrait dan street. Tengok gambar2 aku guna lens ni..Lawa kan..kan..kan! Sangat2 disarankan kepada penggemar fotografi. Dan aku rasa ramai photog yang dah pun memiliki lens ni. Harga boleh la berbanding lens2 lain. Ada 350-400 kau dah boleh angkat satu.Puas hati!

3. Sigma 30mm f/1.4
- Tak tahu nak cerita apa pasal lens ni, sebab aku baru guna dalam 2 bulan lebih kurang. Orang kata masih dalam proses berkenalan. Aku pernah cerita, aku jenis yang ambik masa nak belajar sesuatu yang baru..(ish,,tak tahu nak olah ayat cam mana). Jadi, buat masa sekarang, aku bagi lebih fokus untuk lens ni berbanding lens lain. Ke mana2 saja aku bawak..Peduli lah orang nak kata apa. Cuma satu cek nak habaq, bokeh dia memang perhhhh tak hengat!!! Tak percaya view gambar pertama entri ini.

4. Nikon 85mm f/1.8D AF
- Sangat berguna untuk candid moment masa kat majlis2..Siap boleh skodeng lagi..Bukan aku,orang lain.Untuk street photography pun cun. Dalam keadaan kurang cahaya, lens ni sangat2 membantu..Love it! Muahhh sikit...=D

5. Nikon 10-24mm f/3.5-4.5G
- Orang dok panggil UWA tu, lens ni lah...Hehehe. Serius, aku mula2 dulu pun tak berapa nak faham istilah2 merepek fotografi ni. Bokeh, DOF apa kejadah semua tu. Hahaha...Ok2, 10-24 ni lah satu2nya lens aku masa zaman D60 dulu. Lens ini pun aku selalu guna untuk tugasan majlis2 perkahwinan. Efek UWA dia tu yang tak boleh tahan tu.Sangat dramatik! Cuma secara peribadi aku lebih suka fisheye UWA punya efek. Lagi supersonic! hahaha!!

6. Nikon Rechargeable Battery
- Aku ada 2 bijik...Untuk keselamatan. Terutama bila mendapat tugasan yang berjadual padat. Dan tak sempat nak charge aku punya battery. Satu kong satu lagi boleh guna..=)

7. Thirsty Hippo
- Apa kaitan menatang ni ada sekali dalam kotak ni? Haa..bagi siapa2 yang malas macam aku nak beli Dry Box/Dry Cabinet original, nak tak nak kena juga lah buat macam ni, walaupun ada juga kesan sampingan. Sebenarnya thirsty hippo tu untuk mengawal kelembapan dalam air-tight container a.k.a Dry Box DIY supaya sentiasa kering. Jadi risiko fungus menyerang lens2 kesayangan tu boleh lah dikurangkan. Ada faham? Ok..Next!

8. Container Kedap Udara - Dry Box DIY
- Beli kat kedai2 hardware..Tak pun kedai Super Save.Berlambak..Macam2 saiz ada.Supaya nampak lagi best, aku beli sponge pencuci pinggan, aku susun cantik2.Bagi kamera & lens2 tu selesa duduk dalam. Alaa..berapa sangat lah harga sponge tu kalau nak banding dengan kamera canggih kau tu. =)

Ok, rasanya cuma itu sahaja yang termampu aku nak tunjuk pada korang. Lain2 aksesori tu tak payah lah..Bukan penting sangat pun.
.
.
OFF!

Sunday, August 14, 2011

Gambarajah 1.8 - xperia X8

Rasanya masih ok kalau setakat shoot2 biasa guna kamera phone ni. Terima kasih teknologi!

Friday, August 12, 2011

Friday, August 5, 2011

Hiburan Petang Sabtu


Jangan sampai khayal. Dikhuatiri puasa kau terbatal..=)
.
.
Enjoy!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Apa kau punya juadah untuk berbuka petang ni? Aku macam biasa. Yang simple2 sahaja. Malas nak membazir..Karipap, Pizza, Donut, Kuih Bakul, Kek Batik, Canai, Martabak, Ayam Pansuh, Ikan Terubok Bakar, Kerang Kicap, Air tebu, Cendol, ABC...Haih!