Sunday, May 24, 2009

Olympic Blue...

Tauke, ada jual cat ka?

Ada...warna apa mau?

Warna biru ada?

Adaaa...(sambil membelek2 bbrapa tin cat)

Haa..ini biru..Olympic Blue..(sbb kat tin tu ada tulis olympic blue)

Olympic Blue?Macam mana warna Olympic Blue tauke?

Errr...warna Olympic Blue laaa...(buat muka slumber..)



Celaka! Kalu mcm tu aku pun boleh jual cat...

Thursday, May 14, 2009

Belia Benci Dadah the Gigs!

Kamek Sayang Muzik Gig!
Date : 9 May 2009
Venue : Paramount Hotel Sibu
Orgenize : Fun Guy Freaks & Elektrograsi Sterio Muzik



Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan!!



Thursday, May 7, 2009

Ke'Serius'an Aku Tercalar Lagi

Murid-murid tekun membuat latihan yang diberikan..Aku pulak,ronda2 le keliling kelas sambil membantu apa yang patut diaorang ni buat latihan.Biasa la...
Aku lalu meja 2 orang budak perempuan ni.Aku tengok diaorang asyik dok senyum2 tersengeh2..Ishh,,aku mula rasa tak puas hati..

Aku: Haaaa!! Ni pesal tsengeh sengeh tsengeh sengeh ni?? Keja dah siap?

Soalan aku tak terjawab...sebaliknya dibalas dgn senyuman..

Murid : Cikgu,,,Nur Ain(member dok sebelah dia) ada kucing cikgu...

Pulakk...

Aku: Habis tu?

Murid : Cikgu nak tahu nama kucing dia?Hehehe..

Laa...dia tanya aku pulak dah...

Aku : Haaa...apa nama kucing dia??

Dua2 budak ni tolak menolak...Sambil malu2..Hishh,,budak2 ni kang..

Aku : Apa nama kucing awak Nur Ain??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
GAJAH

Tuesday, May 5, 2009

Kata Nama Am

Ke’serius’an aku agak tcabar masa mengajar hari ni disebabkan dgn jawapan dari seorang budak yg agakkk...ntah! Jawapan yang langsung tak terlintas dalam kepala otak ku..Hehehe..Aku tak kata jawapan dia salah,cuma...oklah,cerita dia camni..

Hari ni masa matapelajaran Bahasa Melayu aku buat le aktiviti ulangkaji.Lebih kurang cam kuiz gak le cuma takde hadiah misteri untuk pemenang..Yang tak boleh nak jawab,mcm biasa berdiri atas kerusi..hehehe..

Soalan2 tu takde la susah mana pu sebenarnya..Tajuk Kata Nama AM dan Kata Nama Khas.Lagi pun sebelum ni aku memang dah ajar tajuk ni.Saje je nak test diorang ingat lagi tak..

Jadi,soalan yang pertama aku ajukan...

Apakah Kata Nama Am bagi manusia?

Aku mintak le sorng2 jawab..Dan ramai jugak le yang bagi jawapan betul..
Alhamdulillah...Tercapai gak objektif aku..Bisik hatiku..

Seterusnya aku tanya la soalan2 lain pulak yang berkaitan..Macam biasa,ramai yang dapat jawab dan tak kurang jugak yang kantoi..

Sampai la ke soalan ni...
Apakah Kata Nama Am bagi tempat?

Murid 1: Err...Sekolah..

Aku : Ok, bagus..duduk..

Murid 2 : Rumah?

Aku : Ok..betul..boleh duduk..

Murid 3 : Sungai...

Aku : Yaa...sungai..duduk..

Bila tiba pulak giliran murid ke 4..dia terdiam..Aku tahu budak ni memang agak ‘blur’ sikit..eh bukan sikit,blur banyak..hehehe! Mesti tak bleh jawab.Budak ni mula resah..garu sana garu sini..dah macam tkena kurap pun ada aku tengok..Aku mula bosan menunggu..

Aku: Haaa...sepuluh saat dari sekarang!!!

Keadaan semakin genting...Budak ni masih lagi mencari-cari jawapan yang ntah akan datang dari mana.Mata melilau ke syiling sambil menggaru2 kepala yg comfirm langsung tak gatal..Masa semakin suntuk...

3.....2....1....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



KUBUR!!!.. 

Sunday, May 3, 2009

Orang Lama Blog Baru..

Samekom...
Apa kata kita pakat ramai2 serbu blog ni..Orang baru dlm bidang fotografi.Sama2 baru belajar...
Mari2..mari...


 Trima Kasihh...