Wednesday, October 28, 2009

Gambaran ( Siri 2 )

Tak tahu kenapa aku jadi mula rasa seronok membuat jubin gambar seperti ini..Semalaman pergi geledah gambar2 kat hardisk,semata2 atas tujuan itu.Jubin gambar ataupun dalam bahasa yang lebih cantik mozek gambar..Cehhh..

Dengar saja perkataan mozek terus teringat buku2 karya Andrea Hirata..Sangat layan! Eh,satu buku dia aku tak baca lagi.Masih elok lagi dalam simpanan aku...Maryamah Karpov!


Mozek Hidup!
.
.

Monday, October 26, 2009

Gambaran


Antara gambar masa mula2 aku bkecimpung dalam dunia foto memoto ni..Masa tu baru sambar DSLR,gila punya excited.Asal nampak sunset sikit,tembak..Bangun pagi2 nampak matahari mula timbul,tembak.Kalau nak dikira,berpuluh2 jugak la gambar sunset dlm simpanan aku..Ahh,,pendek kata siapa2 yg mmiliki DSLR,gambar sunset WAJIB ada! Lagi satu gambar air jatuh..Hehehe..
Tapi aku suka ambik gambar anak aku..Sebab moment dia masa kecik2 ni lebih jujur..Kalau dah besar nanti payah ckit sbb aksi mnunjukkan 2 jari tanda 'peace' tu pasti ada...

PEACE!!
.
.

p/s : thanks 2 Diloz sbb ajar aku buat jubin2 gambar ni..
.

Sunday, October 25, 2009

Sara



Jangan kacau! Ni gua punya..Hahahaha..Takde lah..Ni aku punya client.Kemarin jumpa bincang pasal pakej sbb dia nak kawen bulan Disember ni.. Comfirm 12Disember2009..InsyaAllah..
Harap dapat bagi yg terbaik...

Dah..dah!!..
.
.

Thursday, October 22, 2009

Ingat senang nak buat anak???




Semalam tengok TV Buletin Utama & rancangan 999, cerita pasal seorang lagi budak mati disebabkan kekejaman manusia.. Sial!!Lepas tu aku langsung tak boleh nak tido..Asal aku pejamkan mata wajah budak tu terbayang dalam fikiran aku.Sudahhh,,tu yang aku malas nak tengok berita pasal jenayah yg melibatkan budak ni..Pertama sekali yang aku fikir,anak aku.Bila tengok muka diorang tido,alahai...Kesiannya...Apalah dosa diaorang...

Yang pasti tak larat nak kira berapa kali aku cium pipi anak aku masa dia tido semalam..hahaha!!

Emosi le pulakkkppp!!
.
.

Wednesday, October 21, 2009

Penyiasat Muda

Agak terperanjat juga bila beberapa orang budak yg menggelarkan diri mereka penyiasat muda mengadu berkenaan penemuan mereka di sebuah rumah kosong tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.Apa yang diorang jumpa?

1. Botol-botol arak.
2. Tin-tin gam.
3. Majalah/bahan2 lucah.
4. Kondom

Aku tanya balik,bgaimana diorang boleh tahu yang ‘benda’ tu kondom?
Salah seorang daripada penyiasat muda menjawab..Di kotak tu ada tertulis..

“Jika pasangan anda merasa sakit atau gatal, sila berjumpa doktor..”
Hahahaha...
.
.
Sah budak sekarang makin advance!!..
.
.

Monday, October 19, 2009

Sabah

Punyalah excited masa ni...Maklumlah pertama kali jejak Sabah..hehe


Gambar bandar Sandakan ni pun aku ambik dari dalam van..Huhuhuhu..

Pulang dengan hati yang 'gumbira'...

Harap maaf.Tiada gambar2 tempat yang menarik yang sempat aku rakam untuk trip kali ni.Sebab tujuan utama aku ke sana bukan untuk bercuti atau melancong.Aku bekerja..(alasan insan kecewa).Jadi kepada rakan2 yang pesan mutiara/ole2 dari Sabah.Sorry..Aku tak sempat nak beli.Kat airport tu ada lah jual,tapi harga mahal..Risau bisnes aku tak balik modal plak nanti..Hahahaha!

Namun lepas ni kalau ada siapa2 yang tanya..Pernah pergi Sabah tak?Dengan bangga dirinya aku akan kata DAH!!(walaupun kat KK jejak kaki kat airport jer..)Tapi tak mengapa..Orang kata 'gagal sekali bukan bermakna gagal utk selamanya' Cehhhwah....Aku akan menjejak kaki sekali lagi ke tanah Sabah ni.Bukan setakat jejak je aku makan terus!!!

Gila aku tengok dari flight pulau2/laut2 dia lawa wooo...


Kembali!
.
.

Friday, October 16, 2009

Aku Pulang...


Penat..esok sambung perjalanan pulang...Telinga masih terasa pekak.Tekanan udara semasa pesawat mendarat..


Mengantuk sudah..hehehe!
.
.

Thursday, October 8, 2009

Tunggu Sekejap...


Hari ni balik kampung.Esok pegi Sibu.Lusa berlepas ke Sabah.Ada kursus selama 1 minggu di Sandakan Sabah.Maknanya blog ni akan bercuti buat sementara waktu.Jumpa lagi minggu depan..

Ramai rakan yg pesan belikan ole2/mutiara dari Sabah..

Ok..aku memang dah setkan bujet untuk itu..Balik nanti aku tolak harga tinggi!

Apa macam?
.
.

Aku Hidup Dalam "Kemewahan"


Aku seronok tinggal di sini.Aku seronok tinggal di ‘apartment’ ini.Tinggal di sini aku rasa hidup aku mewah.Ya,betul-betul seronok.Walaupun di ‘apartment’ ini terlalu banyak masalah dalaman.Masalah yang macam mana?Ok,sabaq...Aku cerita satu2..

Yang pertama,masalah pendawaian elektrik.Banyak suis yg dah rosak.Dalam sepuluh mungkin hanya dua yang boleh diguna pakai.Selebihnya sekadar hiasan cuma.Contohnya,macam suis bilik mandi rumah aku sekiranya di “ON”kan,boleh mengelapkan seluruh ‘apartment’..Tak percaya?Boleh cuba ON...Namun,,aku tetap seronok!!!..Bangga..Teruja!!


Yang kedua,sekiranya korang bertandang ke rumah aku,jgn hairan melihat banyak tong2 air dijadikan sebagai deko.Kanan kiri atas bawah depan belakang.Semua tong.Bekalan masa hadapan le katakan.Ni bukan saja2 suka nak letak..Ini disebabkan bekalan air sering terputus.Alasan diaorang tekanan rendah..Tiap2 bulan bayar bil beb! Tapi aku tak kesah sebab aku kaya.setakat bil RM4.40..Sayang pili sinki,pili bilik mandi,shower cuma dijadikan hiasan dalaman..Tiada fungsi..Eeee...Seronoknya tinggal kat sini...

Waktu hujan,lain pula cerita..Bocor! Malas bercerita panjang lebar.Cukup sekadar memberi gambaran bahawa dapur secara automatik bertukar menjadi swiming pool..Boleh bermandi manda! Best wooo.Jom la...Seronoknya....

Masalah lain?Oh,cukup2...Yang aku tahu...

Aku seronok!

Seronok sangat2..
.
.

Wednesday, October 7, 2009

Lukisan Terakhir


Hari ini emosi agak terganggu & kurang stabil.Tak tahu sebab apa.Yang pasti hari ni mood aku kurang baik.Namun kehidupan seharian tetap berjalan seperti biasa.Riang ria bergelak ketawa.Tiada siapa yg menjadi mangsa emosi ku.Aku kagum sebab masih mampu mengawal keadaan walaupun dalam hati siapa tahu..
Apahal?Nak makan pelempang?
Sabar..sabar..

Masa kat ofis pagi tadi layan GreenDay,teringat arwah kawan baik aku.(Zulfadli Julaihi).Ya,satu2nya kawan baik aku.Arwah meninggal dunia lebih kurang 4tahun lalu disebabkan kemalangan jalan raya di KL.Semasa hari pengkebumian,pihak majikan telah menyerahkan semua harta benda peninggalan arwah kpd keluarganya termasuklah lukisan di atas.(lukisan tu sebenarnya potret aku).Dan yang lebih mengejutkan lukisan tersebut telah siap dilukis pada tarikh sehari sebelum arwah meninggal dunia iaitu 23April2006..Gila,siapa tak terharu bai..Sehari sebelum kematian!Semangat setia kawan arwah memang sampai ke akhir hayat..

Apa2pun kita sedekahkanlah Al-Fatihah semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..Amin...


Angin masih kurang menentu..Malas nak layan.Baik aku tidur..

Diharap esok akan lebih baik..
.
.

Monday, October 5, 2009

Siapa kata aku tak boleh buat?



Dewan Gimnastik Stadium Negeri Sarawak.

Nak jadi ahli gimnas, tak perlu baju seluar ketat.Cukup hanya seluar track dan tshirt bebas.Tak kira tshirt bgambar transfomers,superman,mickey mouse atau pun tshirt yang bertulis "Mak Saye Sayang Saye.."


Wajah-wajah harapan bangsa..Siapa tahu?Dah macam gangster aku tengok..hehehe




Gila..Ni 1st time aku tengok secara live ahli gimnastik pro beraksi..Budak sekolah rendah pulak tu.Terbang sana sini.Guling2,pusing2,lipat2..Ntah,dah macam menonton sarkas pun ada gak.Dengar cerita mahu 2 3 tahun gak berlatih baru bleh jadi camtu..Tapi,diaorang tak tengok aku buat lagi.Huh!
Petang tu,tamat saja latihan,penganjur bawak kitorang pusing2 bandaraya Kuching & singgah shopping complex The Spring.Saja bawak budak2 ni..Dan masa ni lah aku buat aksi 'berani mati' gaya gimastik kat dalam MPH book store the Spring.Semua pengunjung yang ada masa tu bersorak bertepuk tangan..Hahaha!!


Aku tipu..
.
.

Sunday, October 4, 2009

Kuching Trip





Badan penat lagi ni baru balik dari Kuching bawak kontigen gimnastik pi trainaing..Hehehe..Apa2hal layan je lah gambar2 ni.Lain kali aku cerita apa kitaorang buat kat sana..Nak tido,esok aku ambik cuti rehat..

Tragedi Oktober..
.
.

Thursday, October 1, 2009

Lepas Raya


Raya habis dah?Laaa....Aku ingat nak masuk fasa ke-3 cerita pasal raya.Rindu le pulak ngan bulan ramadhan..

Dah..dah...cuti dah habis..
.
.