Tuesday, April 12, 2011

The King of Limbs - Ulasan Peribadi

Setelah lama berdiam diri selepas In Rainbow, akhirnya tahun 2011 Radiohead keluar dengan album studio kelapan mereka The King of Limbs.

Ok,secara peribadi, aku agak sedikit kecewa dengan album ini. Mungkin terlalu mengharapkan lagu2 mereka kembali kepada format Ok Computer. Paling tidak pun Hail To The Theif. Mengambil masa yang agak lama juga untuk menghadam lagu2 yang terkandung dalam album ini. Seperti mula2 mendengar Kid A atau Amnesiac. Sarat dengan bunyi-bunyian efek, elektronik, sampler.

Mendengar sahaja track pertama dalam album ini, automatik aku terus membayangkan soundtrack Bodysong dari Jonny Greenwood. Mungkin bagi sesiapa yang tidak biasa dengan muzik pelik Radiohead, akan kata ‘eh, lagu apa ni bunyi camgini…’ Begitulah seterusnya dengan track kedua sehingga track ke empat. Bagi aku lebih sesuai untuk album solo Thom Yorke. Sekali lagi, pendapat peribadi.

Nasib baik Lotus Flower mengubat sedikit kekecewaan untuk album ini. Walaupun masih lagi dengan bunyian serta beat2 pelik. Cuma kali ni dapat diselamatkan dengan melodi tipikal Thom Yorke. Dah tengok klip video lagu ni? Ermm..malas nak komen, tengok sendiri..Hahaha!

Codex..Lagu berentak perlahan. Dimulakan dengan piano bertempo ‘Radiohead’. Membawa kita kembali ke era Amnesia secara am. Sangat layan dan mengkhayalkan. Ditambah lagi dengan kedamaian bunyi2 burung pada akhir lagu. Antara lagu fav dalam album ni.

Give Up The Ghost. Masih lagi lagu berentak perlahan. Bunyi2 burung pada akhir lagu sebelumnya terus disambung masuk ke dalam lagu ni. Walaupun bagi aku agak sedikit mendatar pada susunan lagu. Sampai tertidur jugalah 2 3 kali..Hahaha! Cuma kali ni vokal Thom Yorke membuat aku sedikit melayang. Cuma tak berapa nak tinggi sebab terus terlena. Sekurang2 ada juga sound bersih gitar untuk album ni. Next!

Separator. Sesuai sangat lah lagu ni untuk track terakhir. Drum loop dari mula lagu sampai habis, sama. Kurang menarik. Mungkin kena mengambil sedikit dos ubat-ubatan untuk melayan lagu sebegini. Hahaha!

Ok. Selesai lapan lagu. Ya,cuma lapan lagu untuk album ini. Lapan lagu yang…entah. Mungkin terlalu abstrak untuk dinilai secara terperinci. Lupakan sahaja cerita ‘Creep’ mereka 20 tahun yang lalu. Bagi pendengar tegar Radiohead yang mungkin sudah biasa dengan muzik sebegini faham apa yang aku maksudkan. Radiohead tetap dengan cara mereka. Secara peribadi aku bagi 3 setengah bintang untuk The King of Limbs.
.
.
Toink! Toink! Toink!!

***All image : Google Search

13 comments:

♥ solehah ♥ said...

ko minat the strokes.. hahaha.. :)

Abg.Syuk said...

Layan tok duhal

erolnukman said...

solehah:
the srokes pun best..kdg2 layan gak.album danah laa...

syuk:
layannn...nang layan gilak2..hehehe

Lady Shana Sweet said...

bg.. kitak di cney knek tok?? amik photoshoot untuk org kawen or ari raya juak ka? hehehhe

fLo said...

dusshhh~ blur...sebab xtauk..hahahah...lak mek ngecek layanx lagu tok mcm muse...yerr...

AmirFX said...

Lamak juak dah sik nengar lagu radiohead.. Dah kuar album baru duhal.. Nway, sora thom yorke nang unik...

FaRiZa said...

emmm i dont speak "radiohead".. so sik tauk mok komen apa.. hehehehehe..

erolnukman said...

shana:
kmk d tanjung manis.org kawen aok...tp utk smentara tok tutup kejap..gik nak nyambung study.gambar raya?hehehe...xda.ngmbik gmbar raya dik mpun jak..
semangat nak raya oo..=P

flo:
ehehe..xda kedak muse..teruk gik dr muse..hahaha

amir:
aok..best sora..tp nya mcm org gila..hahaha

fariza:
hehe...susah juak nak komen sbenarnya band sigek tok..=P

Norris said...

yoh...lama sik layan lagu2 mcm tok...paling last ku dgr tahun 2005...sekali dah baca post u tok ..aku terkenang..mcm maca majalah jak.thanks for the info...

p/s: teringat lagu creep..best..

Jue said...

ku sik bapa ingat if ku pnah came accross listening to this band before but this entry inspired me to write one about my fav singer **yerrr** hahaha

erolnukman said...

norris:
creep?dolok masa sekolah lagu yalah selalu bnr d main..kord senang.hehehe

jue:
hehehe..sapa fav singer tek?

pitlining said...

tok lah album kategori syok sendiri..aku heyran la ngan muzik yg ntah apa2 tok..Aku berik markah -100 bintang...bukan senang nk dapat markah negatif ya.Band2 terpilih jak yg dpt..Recommendation:JANGAN BELI DAN JANGAN DOWNLOAD..BUANG MASA SAHAJA..

erolnukman said...

pitlining:
kahkahkah....kau nang nya.tp kau dah dowbload juak album ya.hehehe