Wednesday, September 14, 2011

Suatu Masa

Duduk bersama seorang teman baik di anjung rumah pada malam tiga puluh satu Ogos hari itu. Memerhati sahaja gelagat anak-anak remaja meraikan hari 'Kemerdekaan' mereka. Dengan bermacam-macam gaya dan cara. Bersama teman-teman lelaki teman-teman perempuan. Comel dan sangat manis orang kata. Senyum sendiri....

Aku capai gitar. Mula memetik perlahan setiap tali berkarat. Dan sesekali memutarkan telinga gitar untuk membetulkan nada yang sedikit lari. Selepas dirasakan puas, mula mainkan beberapa lagu. Cuma menyanyi perlahan. Mata menghadap ke langit. Padang tepat arah langit hitam pekat bersama bintang-bintang. Indah...

Dalam menyanyi sumbang, kepala otak mula ligat. Memandang kepada diri aku tika itu dan 'waktu itu'. Dua watak yang jauh berbeza. Aku mula berkhayal dan membawa diri ke masa silam. Gila! Sampai suatu ketika aku perlu tarik nafas dalam-dalam untuk aku terus sampai ke masa itu.

Dalam sayup-sayup terluah kata-kata dari mulut teman, "Kita jauh berubah dah sekarang kan? Sangat-sangat jauh.."

Aku diam........

16 comments:

Hanie_Dew said...

aduh. sayu betul entry kali ni. sampai tak terkata.

harusla aku takut ngan abang garang tu. tapi dia pandai hias rumah. rumah dia lawa.

Abg.Syuk said...

hoho.... merdeka

Amni said...

bermadah pujangga. Hehehe.. Ayat klasik! =p

memang la dolok jauh beza dari nektok. Kinek tok mestilah jauh lebih baik kan? Cuma dolok mungkin lebih happening. Nektok lebih serius sbb banyak yanh perlu difikir utk masa depan.

mungkin!

ciK LyndaWawa said...

aduh...pande bermonolognya..teruskan gik oi...........huhu

achika said...

berubah suatu kemestian... disebabkan masa n usia... :)

erolnukman said...

Hanie dew:
Skali skala..hehehe

Abg Syuk:
Mendekaaa!!!

Amni:
Absolutely! :)

LyndaWawa:
Sikpat slalu..serius gilak sik brapa best.ehek!

Achika:
Cuma kdg2 tlayan cerita2 lamak..=P

Ani Inherown said...

ni baru creative writing. :)

AmirFX said...

Wohh.. Monolog ka apa tok? haha.. Polah lagu gik.. Ingin juak nak dgr dirik berlagu...

Khairul Antasha said...

kmk suka cara ktk tulis entry tok cikgu.. cool!!!

erolnukman said...

ani:
sikdalah skretip ney pun..taip apa nak d taip.hehehe..

amir:
ya bukan monolog,ya namanya lalog! hahaha....

erolnukman said...

KA:
cool! TQ..=)

Jue said...

1st; wah..lamak sik nanga ko molah entry pjg2 koh
2nd; kck pix & nicely said hoho..aku alu sa diri tua hohohoho
3rd; besa la hor..aku pun pnah mdh..jauh na beza ku dolok ngan nek tok..dolok slim, nek tok bulat hahaha **lari topik** haha

ciK LyndaWawa said...

bah...sambong gik crita..tertunggu2 i koh....

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

suka penulisan yang macam ni..kipidap! :))

Krisno said...

jiwang jiwang pok hehe...

Teh O said...

jauh berubah dan memang perlu berubah. syukur sebab belum terlambat