
Lari laju lagi!! Jangan pandang belakang! Dia dah dekat! Dah nak potong awak! Cepat lagi! Cepat lagi! Lajuuu!!! Lajuu!!!!!Yeahhhh!!!
.
.
Padahal lawan jauh ketinggalan kat belakang..Hehehe!
Setelah lama berdiam diri selepas In Rainbow, akhirnya tahun 2011 Radiohead keluar dengan album studio kelapan mereka The King of Limbs.
Mendengar sahaja track pertama dalam album ini, automatik aku terus membayangkan soundtrack Bodysong dari Jonny Greenwood. Mungkin bagi sesiapa yang tidak biasa dengan muzik pelik Radiohead, akan kata ‘eh, lagu apa ni bunyi camgini…’ Begitulah seterusnya dengan track kedua sehingga track ke empat. Bagi aku lebih sesuai untuk album solo Thom Yorke. Sekali lagi, pendapat peribadi.
Codex..Lagu berentak perlahan. Dimulakan dengan piano bertempo ‘Radiohead’. Membawa kita kembali ke era Amnesia secara am. Sangat layan dan mengkhayalkan. Ditambah lagi dengan kedamaian bunyi2 burung pada akhir lagu. Antara lagu fav dalam album ni.
Ok. Selesai lapan lagu. Ya,cuma lapan lagu untuk album ini. Lapan lagu yang…entah. Mungkin terlalu abstrak untuk dinilai secara terperinci. Lupakan sahaja cerita ‘Creep’ mereka 20 tahun yang lalu. Bagi pendengar tegar Radiohead yang mungkin sudah biasa dengan muzik sebegini faham apa yang aku maksudkan. Radiohead tetap dengan cara mereka. Secara peribadi aku bagi 3 setengah bintang untuk The King of Limbs.