
Semalam blog tak boleh nak buka. Sana sini aku dengar ramai merungut. Tak apa. Sekurang-kurang ada modal nak mencarut di twitter tak pun facebook. =)
Hari ni cuba. Ok, blog dah boleh bukak. Tapi satu hal aku perasan ada 2 komen kat blog dah hilang. Satu komen kalau tak silap dari
Jue, satu lagi aku tak ingat. Apa2hal, minta maaf bbanyak sebab tak sempat nak jawap komen korang.
.
.
Minggu panas berlalu sangat pantas. Alhamdulillah, kelmarin hujan dah mula turun lebat sampai malam. Sampai siaran Astro pun sedikit terganggu. Pasal tu aku no hal. Yang penting tidur sedap. Lain2 hal tolak tepi. =)
Hari ni pun aku tengok cuaca ok. Tak panas tak hujan. Sesuai sangat nak buat aktiviti luar. Tengah fikir lepas ni nak buat apa. Nampak macam syok je Hariz tidur depan tv, tak pakai baju, kipas cukup2 makan..Ishh,,tak boleh jadi. Kena cuba aktiviti ni.
Bye!