

Halluuu...selamat kembali setelah agak lama juga menyepi kerana kesibukan yang dialami sampai aku sendiri tak tahu bila ianya akan berakhir.Cewahhh...Ayat baik punyaaa..
Entri kali ni kita sembang pasal bola.Bukan bola keranjang,bukan juga bola ping pong.Bola lisut jauh sekali,tapi bola sepak.Korang minat bola?Ermm..Soalan yang agak subjektif kan..Sebab apa?Sebab ada orang tu yang betul2 minat main bola..dan ada yang langsung tak reti main bola tapi minat tengok orang main bola tak kira lah samada kat tv atau pun secara live.Tak kesah lah kan,,janji minat..
Aku?Aku nak kata minat tu,,takde lah jugak...Nak kat tak minat,skali skala layan gak.Tapi takdelah mengikuti perkembangan sangat.Lain le musim piala dunia..Haaa..Yang tu aku ada la follow ckit2..Main bola?Aku tak suka main bola..semput siot! Kalau setakat main game Winning Elevent tu,boleh laaa...hehehe!! Tu kire minat bola gak ke?
Tapi,semenjak kebelakangan ni org asyik dok bcerita pasal kemerosotan bola sepak di Malaysia.Ye ke?Ahhhh...aku pun tak berapa nak tahu pasal ni sebenarnya.Merosot tak merosot aku tengok sama je.(Sah tak mengikuti perkembangan) Hehehe..Cuma takdelah semeriah dulu..Aku rasa laa...
Dan hari ni tadi kebetulan aku mengajar Bahasa Melayu darjah 3 bab Faedah Bersukan iaitu Bola Sepak..Seperti biasa,standard seorang guru mesti tanya soalan ni bila nak mulakan satu2 topik..”ada sapa2 yang minat main bola???”
Aku tengok semua angkat tangan termasuk yang pompuan..Hehehehe! Yang hyper sikit siap angkat dua belah tangan sambil berdiri atas kerusi menunjukkan yang dia tu betul2 minat bola..
Pastu aku tanya lagi..”Dalam banyak2 pasukan,pasukan mana yang awak semua suka???” Dan masa ni lah aku dengar macam2 jawapan dari diaorang..
“Manchester United! Manchester City! Liverpool! Chelsea! Real Madrid!
Everton! Brazil! Prancis! England!” dan macam2 lagi jawapan dari diaorang,sampai ada yang bagi jawapan Negro! Ada ke pasukan Negro?hehehe...Ntah aku pun tak tau. Fuh,punyalah semangat diaorang bagi jawapan.Maknanya diaorang lebih tahu pasal bola daripada aku..Huhuhuhu.Tapi,takde sorang pun yang sebut pasukan Malaysia.Haaa...kat sini timbul persoalan kan?
Aku tanya balik,kenapa tak ada yang minat pasukan Malaysia??Ini jawapan/komen mereka...
Pelajar 1 :
Penjaga gol tak cekap cikgu...Bola masuk bawah kangkang! (pastu gelak ramai2..)
Pelajar 2 :
Mereka tak pandai main mcm Manchester United cikgu..( ingat MU je ke yg pandai main..Ni mst fanatik MU.)
Pelajar 3 :
Tak ada disiplin..selalu tidak turun berlatih.(jawapan skema budak pompuan)
Pelajar 4 :
Mereka isap dadah cikgu..pastu mereka merokok!(pepandai jer budak ni)
Pelajar 5 ( pelajar yg angkat 2 belah tgn sambil berdiri atas kerusi tadi) :
Bila mereka passing bola, tak cun cikgu..”Tak cun??” Mereka passing dengan pasukan lain...(ooo..baru aku faham..maksud dia hantaran bola tak tepat..)
Pelajar 6 :
Tak ramai orang tengok cikgu..Kalau orang putih,penonton ada conteng2 muka..(hehehe....)
Haaa...bagi pmain2,pminat2,pngikut2 bola sepak di Malaysia dan yg sewaktu dengan nya,tu semua adalah sedikit komen yang diberikan oleh bbudak darjah 3(9tahun) bila ditanya kenapa diaorang tak suka pasukan bola sepak Malaysia.Jujur dan ikhlas dari hati kanak2 9tahun yang orang kata masih bersih dan diketahui sukar untuk menipu..Mereka akan sebut / cakap apa yang dilihat dan didengar..
Tapi, last2..aku bagi le nasihat kat diaorang supaya sentiasa cintakan negara Malaysia..Tak kira lah dari aspek budaya ataupun mana2 bidang sekali pun..Yang penting sokong dan terus sokong! Aku pun kena lah sokong gak..hehehe..
Semua angguk2 diam dan memandang aku dengan rasa tak puas hati...Dan telinga aku sempat lagi menangkap bunyi diorang bbisik kat belakang...”aku sokong Manchester United..” Hehehehe..
Ermmm...tak bleh nak cakap apa...Budak2...
Chow!