
2010…Tak tahu nak mula cerita kat mana. Pusing kanan pusing kira, atas bawah, depan belakang masih tak jumpa. Senang cerita 2010 sangat complicated! Kurang menarik kalau tak diceritakan secara detail. Paling tidak pun dibuat satu buku atau telemovie. Baru lagi WOW!

Ringkasnya semua berlaku dengan baik dan sangat baik. Kerana memang itu yang aku harapkan setiap tahun. Memperbaiki segala apa sahaja yang masih kurang baik. Dan jika ditanya pula ‘apa aku punya azam untuk tahun 2011?’ Jawapannya tetap sama. Memperbaiki apa2 sahaja yang masih kurang baik agar lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Tidak kira dari sudut mana. Sebagai seorang hamba Nya, sebagai anak, suami, ayah, abang, ketua, kuli, sahabat dan sebagainya..
Walaupun bagi aku 2010 bukanlah tahun yang sangat baik berbanding tahun sebelumnya, dalam soal kerja. Namun dari sudut lain, semua berjalan lancar dan aku sangat senang melalui nya.

Soal duit? Bersyukur rezeki banyak masuk dalam tahun ini. Lumrah, banyak masuk, banyak jugalah keluarnya. Keluar ke mana? Tu kita tak tahu..Haha! Jadi, aku perlu perbaiki dalam pengurusan kewangan untuk tahun depan. Setidak2nya sekarang aku punya penasihat merangkap isteri tercinta. Cuma kadang2 penasihat juga perlukan seorang penasihat. Faham2 je lah..

2011…Macam aku kata mula2 tadi. Aku tidak meletak azam yang terlalu tinggi. Cukup sekadar buat yang terbaik dan termampu. Nak paksa2 pun tak guna. Mungkin bunyi sedikit loser. Tapi sekurang2 aku tidak membebankan kepala otak aku dengan azam yang bukan2. Last2 haram tak buat.

Oh ya, semalam ada sedikit jiwa patriotik dalam diri bila tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Jarang aku rasa macam ni. Lebih2 lagi bila pasal bola sepak Malaysia. Mungkin satu permulaan yang baik untuk tahun 2011…InsyaAllah...
.
.
2010 anda bagaimana?