Hari ini masa banyak dihabiskan membuka semula cerita2 lama dalam blog ni.Bila diingat balik tujuan asal aku buat blog.Semua bermula disebabkan minat aku dalam fotografi.Disuntik dengan rasa teruja melihat hasil2 gambar dari blog ini.Boleh dikatakan influence aku dalam bidang fotografi selain nama2 lain yang akan aku sebut nanti.

Pada asalnya aku kurang menghargai seni dalam fotografi.Cuma lebih tertumpu pada muzik dan seni lukis.Kegilaan untuk bereksperimen dengan bunyi-bunyian pada masa itu sangat tinggi. Apa2 sahaja yang berkaitan dengan muzik.Bermain bersama band dan sempat juga merakam beberapa rilisan sebelum terkubur.Pernah juga menyertai kumpulan pancaragam Kombo Saberkas di Kuching sebagai pemain trumpet.Senang cerita zaman 'my life is music' lah..Sangat poyo!

Iman Daud.Seorang sahabat yang memperkenalkan satu lagi cabang seni yang tidak pernah aku ambil peduli sebelum ini.Fotografi..Ya,aku masih baru dalam bidang ini.Mungkin ayatnya terlalu klise dan sering kita dengar bila ditanya kepada mana2 penggemar fotografi.Tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari ada yang mengaku sudah lama menceburi dalam bidang ini.Cerita begitu begini.Padahal nothing!

Mulai hari itu aku mula menjadi pemerhati.Merujuk sumber2 dari internet,buku dan majalah berkenaan kamera/fotografi.Melawat laman web/blog jurufoto2 profesional/amatur dalam & luar negara.Aku kira ianya sebagai medium utama sebagai rujukan (sampai sekarang).Kamera handphone nokia model 3230 1.3megapixel pula sebagai pelengkap minat aku dalam fotografi.Sehinggalah aku memiliki DSLR yang pertama pada awal tahun 2008.Nikon D60!.
.
Hobi Baru!
(bersambung....)

Baru perasan yang blog ni banyak koleksi gambar2 budak.Dah macam TASKA aku tengok..Siapa2 yang berminat nak hantar anak2 tu bagi jaga, sila2kan lah..Jangan risau,selamat daripada kejadian anak anda tercekik susu..
Petang semalam layan 50first Date dalam bahasa melayu..hehehe! Saje nak bagi geli2 telinga dengar Drew Barrymore cakap melayu.

Lepas balik dari kampung hari tu,rasa tak sedap badan...Mula sakit itu ini. Demam, batuk, selsema dan macam2 lagi.Dan paling penting penyakit malas...Semua kerja jadi malas, tolak tidur & makan la..Pendek cerita 'simptom selepas cuti raya'..

Tiada apa yang paling tak best selepas seronok beraya di kampung,balik semula ke tempat kerja...Jalan yang rata pun rasa berlubang sana sini..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku serta keluarga.

Gambar ni sepatutnya lebih afdal kalau dikongsikan awal Ramadhan hari tu.Baru menyengat, baru lebih terkesan.Tapi mungkin masih belum terlamabat walaupun feel dia agak kurang memandangkan dalam beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya dan Syawal akan menyusul. Rasanya semua sudah mula sibuk dengan persiapan2 raya.Dari kek biskut sampailah ke bujet duit raya.

Jangan main2..Seni mengarut camni kalau letak kat galeri2 seni, harga boleh cecah ribu riban ni..Dapat jual 4 gambar terus kaya tak tentu pasal gua!