Bulan lepas sekolah aku menerima seorang pelajar baru(lelaki).Tengok2,rupanya budak tu murid baru kelas aku.Jadi maknanya bertambahlah seorang lagi bala tentera dalam kelas Tahun 4-2009..(Untuk pngetahuan,aku guru kelas tu)
Aku nak cerita sikit pasal budak ni.Kalau dilihat pada wajahnya,dia memang tak ubah seperti seorang dewasa/tua yang terseksa terperangkap di dalam tubuh seorang budak kecil yang comel..(comel yg dimaksudkan-bbadan kecik/kontot)
Aku suka budak ni,walaupun pada awal kemasukan nya bagi aku dia hanyalah penambah bilangan askar-askar pemusnah di dalam kelas tu.
Rupa-rupanya dia ni lain sikit..Bukan! Dia bukan budak yang bijak bijak/pintar dlm pelajaran (tp sekarang tgh dok usha awek yg paling pintar dlm kelas tu)..membaca pun masih tergagap-gagap,tulisan tak payah cerita.Tahap ke’buas’an boleh tahan.Namun satu pekara aku suka budak ni,,semangat dia..Dalam apa-apa hal,dia memang terlebih bersemangat.Naik risau gak kadang-kadang.hehehe..
Asal aku kemukakan soalan je,beliau ni lah yang mula-mula sekali angkat tangan dengan wajah yang penuh semangat,dengan bukaan lubang hidung yang luas mencari-cari seberapa banyak oksigen yang boleh disedut.Wajah yang menggelikan hati siapa sahaja dan penuh dengan jawapan-jawapan ekstrim yang tak masuk akal.Idea-idea lucu lagi tolol yang lagsung tiada walau sedikit pun menimbulkan rasa bersalah dalam hati beliau.Hahahaha...

Tapi, aku tetap suka...Bagi aku budak ni jadi penambah seri kekacauan di dalam kelas aku.Budak lain pun aku tengok ok jer ngan dia ni walaupun tak kurang juga yang suka membuli.Mungkin disebabkan saiz fizikal yang agak kecil & muka yang sedap untuk dibuli begitu sahaja..Hahahahaha...
Ok,panjang pulak cerita aku pasal budak ni..Senang cerita korang ambik pen/pensel & sehelai kertas..Korang cuba lukis mengikut lirik lagu ni...”Bulat kecil - bulat kecil...Bulatan besar....Bulat kecil - bulat kecil...Bulatan besar...Blal...bla..bla...(aku tak ingat)...
Haaaa....Dalam bentuk lakaran,lebih kurang camtu lah rupa budak tu..Hahahaha...
Sekian...